Kekayaan Abadi

21 Mei 2008 at 5:46 pm | Dikirim dalam Motivasi | 3 Komen

Kekayaan yang diperolehi tidak selalunya dapat diukur dengan wang dan harta benda. Kekayaan boleh juga datang dari segi persahabatan yang lama dan berpanjangan, perhubungan kekeluargaan yang harmoni, simpati dan kesefahaman diantara rakan-rakan sekerja, kesihatan yang baik dan keharmonian dalaman yang membawa kepada kedamaian dari segi spiritual.

 

Hari ini saya nak tambah lagi kekayaan sedia ada kita dengan satu lagi perkara yang membuatkan kita lebih kaya. Kekayaan ini adalah harta yang kita boleh perolehi tanpa berusaha keras dan mengeluarkan sebarang kos pun untuk memilikinya. Sebelum itu, saya nak kongsi satu sajak yang saya ambil dari buku “IBU KOOL BAPA HEBAT” oleh  Jamilah Samian yang bertajuk HARTA ABADI.

 

Ku punya harta yang lebih berharga daripada emas

Lebih berharga daripada apa yang ada di dunia ini

Ia tidak boleh dicari walau di lautan dalam

Atau di gunung yang melangit tinggi

Kerana ia tersembunyi di dalam diri

Ia tidak boleh dijual beli

Rahsianya ada dalam diri sendiri

Iaitu KASIH SAYANG untuk semua di dunia ini

Itulah pencetus semangat kehidupan!!

Hidup ini ada matlamat

Satu anugerah Tuhan yang penuh bermakna

Itulah harta yang boleh diberi

Dan harta paling berharga yang boleh diperolehi!

 

Jadi kawan-kawan dah tahu apakah kekayaan yang saya maksudkan? Ya, KASIH SAYANG jawapannya. Semoga kita semua menjadi orang yang sentiasa berkasih sayang kepada keluarga, kawan- kawan, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan seluruh alam ini.

 

Sudahkah kawan-kawan memberi dan menerima kasih sayang hari ini? Mulakanlah kasih sayang dengan menyebarkan salam, ASSALAMUALAIKUM.

3 Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

  1. woit…ko nye blog masuk fastest growing bolg..ngeee~~~~ congratz!!congratz!!

  2. Kasih sayang menjadi kata kunci untuk kita menjadi manusia dan menjalani hidup dengan baik. Percayalah.

    Kisah mereka yang gagal dalam hidup berpunca dari kekurangan malah ketiadaan kasih sayang. Oleh itu, sebarkan kasih sayang kepada sesiapa sahaja demi Allah s.w.t.

    Semoga diberkati.

  3. Lydiarayyan ~~~~ ye ke lyd??camne tahu???uhuuu..maseh banyak aku tak tau pasal blog ni tau..emmm..bersemangat la pulak!!eheeee..

    Bayan ~~~~ salam kenal, terima kasih kerana melawat blog saya, sama-samalah kita sebarkan kasih sayang..:D


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: