Kekayaan Abadi

21 Mei 2008 at 5:46 pm | Dikirim dalam Motivasi | 3 Komen

Kekayaan yang diperolehi tidak selalunya dapat diukur dengan wang dan harta benda. Kekayaan boleh juga datang dari segi persahabatan yang lama dan berpanjangan, perhubungan kekeluargaan yang harmoni, simpati dan kesefahaman diantara rakan-rakan sekerja, kesihatan yang baik dan keharmonian dalaman yang membawa kepada kedamaian dari segi spiritual.

 

Hari ini saya nak tambah lagi kekayaan sedia ada kita dengan satu lagi perkara yang membuatkan kita lebih kaya. Kekayaan ini adalah harta yang kita boleh perolehi tanpa berusaha keras dan mengeluarkan sebarang kos pun untuk memilikinya. Sebelum itu, saya nak kongsi satu sajak yang saya ambil dari buku “IBU KOOL BAPA HEBAT” oleh  Jamilah Samian yang bertajuk HARTA ABADI.

 

Ku punya harta yang lebih berharga daripada emas

Lebih berharga daripada apa yang ada di dunia ini

Ia tidak boleh dicari walau di lautan dalam

Atau di gunung yang melangit tinggi

Kerana ia tersembunyi di dalam diri

Ia tidak boleh dijual beli

Rahsianya ada dalam diri sendiri

Iaitu KASIH SAYANG untuk semua di dunia ini

Itulah pencetus semangat kehidupan!!

Hidup ini ada matlamat

Satu anugerah Tuhan yang penuh bermakna

Itulah harta yang boleh diberi

Dan harta paling berharga yang boleh diperolehi!

 

Jadi kawan-kawan dah tahu apakah kekayaan yang saya maksudkan? Ya, KASIH SAYANG jawapannya. Semoga kita semua menjadi orang yang sentiasa berkasih sayang kepada keluarga, kawan- kawan, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan seluruh alam ini.

 

Sudahkah kawan-kawan memberi dan menerima kasih sayang hari ini? Mulakanlah kasih sayang dengan menyebarkan salam, ASSALAMUALAIKUM.

Kakak itu menyedarkanku

21 Mei 2008 at 9:31 am | Dikirim dalam ~ S.A.Y.A ~ | 10 Komen

Keistimewaan utama yang ada di lab saya ialah kami dibenarkan memasang radio semasa bekerja. Muzik membuatkan saya bersemangat dan seronok bekerja. Memandangkan selama ni cuma saya sahaja yang orang Malaysia, yang lain dari Indonesia dan Iran, so kiranya saya bebas memasang apa jua channel kegemaran saya, memandangkan mereka pun tak berminat nak mendengar radio malaysia..ehe…sehinggalah suatu hari keadaan telah pun berubah dan saya pun berubah apabila kedatangan seorang kakak yang sambung PhDnye under prof saya.

 

Kakak ni pendengar setia channel “oldies” rupanya..waaaaa…memang mengharukan masa tu, maaflah jika ada peminat lagu2 oldies yang baca blog ni, tapi saya tak tahu kenapa memang tertekan saya dibuatnya bila dengar channel ni. Rasa “slow” sangat tenaga masa bekerja. Tiap kali saya tukar channel je, dia tukar balik..sudahnya saya mengalah je. Adalah suatu hari saya suarakan dan cadangkan supaya memasang channel yang tak moden sangat dan tak la oldies sangat, tapi beria2 dia mempertahankan minatnya pada channel oldiesnya itu..pheewwww…payah jugak!!!Apa yang patut saya lakukan, tentu tak best kan bekerja dengan suasana yang tak seronok walaupun sekadar masalah kecil itu. Apakah pula pilihan saya? Sorokkan je radio tu? Tak mungkin, atau rosakkan radio tu, jahatnye saya!!!Lancarkan perang dingin ngan kakak tu..uhhhhh, mengarut!!! takkan kerana radio nak gaduh2 pulak, memalukan.

 

Akhirnya, saya buat keputusan bertahan, mungkin telinga saya akan lali mendengar lagu2 yang “syahdu” tu..pada masa yang sama, buat kerja sepantas mungkin, supaya hari saya akan berlalu dengan cepat. Dan ..rupanya berkesan jugak tindakan saya.

 

Perubahannya, saya bagaikan tak dengar je radio tu berkumandang sepanjang bekerja dek kerana terlalu fokus dengan kerja saya, kerana setiap kali masuk lab je saya berazam untuk siapkan kerja saya sepantas mungkin. Kalau dulu, bila kerja tak pasang radio je macam tak seronok, sekarang ada radio ke takde ke, seronoknya tetap ada. Secara tak langsung mengurangkan kebergantungan saya pada sesuatu. Jika tiada permasalahan ini, mungkin saya tak berubah dan mungkin terbawa-bawa tabiat ni di masa akan datang.

 

Terima kasih kakak itu kerana menyedarkanku!!!

 

 

 

 

 

 

 

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.