Adikku dilanggar lari

20 Mei 2008 at 5:53 pm | Dikirim dalam ~ S.A.Y.A ~ | Tinggalkan komen

Minggu lepas kami sekeluarga gempar bila dapat tahu adik saya yang bongsu accident. Adik saya menunggang motornya baru balik dari keje shif pagi waktu tu. Masa dapat call dari seorang india, dia cuma bagitau yang adik saya tak sedarkan diri dilanggar lari. Mujur juga kami adik-beradik semua ada kat KL ni, so dapat je info terus kami ke HUKM melihat keadaannya.

Setelah enam jam, baru dapat tahu keadaannya, Alhamdulillah tiada kecederaan serius, cuma luka-luka luaran. Tak lama kemudian, datang 4 orang polis yang memperkenalkan diri mereka dari Jabatan Narkotik Bukit Aman. Apalagi, kami adik-beradik masa tu konfius sekejap, apa kaitan polis narkotik ni ngan kemalangan adik saya?

Rupa-rupanya masa kejadian tu, mereka sedang mengejar penjenayah yang mengedar dadah. Dalam kejadian kejar-mengejar tu, penjenayah tersebut yang memandu Unser bertindak nekad melanggar adik saya. Masa dilanggar, adik saya melambung dan bergolek di atas jalan manakala motornya tercampak jauh ke dalam longkang. Melihat keadaan motornya yang terbarai teruk, memang tak sangka adik saya akan selamat. Cuma yang sempat polis tu kata, helmet adik saya yang menyelamatkannya. Namun, itulah kekuasaan ALLAH. Alhamdulillah juga penjenayah tu berjaya ditangkap polis akhirnya setelah sesi kejar-mengejar berakhir di R&R Serdang.

Semoga kawan-kawan lebih berhati-hati terutamanya yang menunggang motosikal.

Beri Senyuman

20 Mei 2008 at 3:13 pm | Dikirim dalam Motivasi | Tinggalkan komen

Mulakan hari anda dengan senyuman, kerana adakalanya apa yang berlaku di awal hari akan berlarutan sehingga menjelang malam. Senyum kepada sesiapa sahaja. Jendela senyuman akan membuka tabir hubungan dengan manusia lain di sekeliling anda. Ia menguatkan hati dan membina motivasi diri.

Dari segi luaran, senyum membuatkan diri anda disenangi oleh sesiapa sahaja. Senyum kegirangan yang terpancar dari wajah anda akan mempengaruhi orang lain dan mereka juga akan turut bersama jadi gembira dan jadi “penyenyum bila melihat bibir anda yang sentiasa mengukir senyum.

Sekiranya anda seorang peniaga, banyakkan memberi senyuman. Ia akan melembutkan hati pelanggan anda. Sekiranya pelanggan tiba ke kedai, berikan senyuman. Apabila pelanggan membeli produk atau perkhidmatan, berikan senyuman. Apabila pelanggan beredar dari kedai, berikan senyuman. Sudah pasti, mereka akan kembali ke kedai anda tidak lama lagi.

Jadi, walaupun apa jua situasi yang anda alami, mulakan hari anda dengan senyuman, InsyaALLAH apa saja tugas yang anda lakukan akan sentiasa baik, samada dalam urusan peribadi, pekerjaan ataupun perniagaan.

Sudahkah anda memberi senyuman hari ini? Jika belum, senyumlah pada orang disebelah anda sekarang. (^_^).

 

 

 

 

 

 

blog@wordpress

20 Mei 2008 at 2:54 pm | Dikirim dalam ~ S.A.Y.A ~ | 2 Komen

Kenapa JuliaNa tulis blog?

1. Hobi saya membaca blog orang lain mengujakan saya memiliki blog sendiri.

2. Meluaskan jaringan kengkawan dengan menambah kenalan baru dan juga dapat stay in touch ngan kengkawan lama..emmm..boleh ke?

4. Mengaktifkan otak saya yang semakin “slow” kerana bila nak menulis kita akan berfikir, secara tak langsung dapat mencerdaskan minda.

5. Sekadar coretan seorang student sains yang teringin nak bersastera…ehe..ye ke?

6. Lately, feel a little bit down and pressure, just mencuba wadah baru untuk merelase tensionnya..uhuhhuuu

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.