Persoalan

30 Mei 2008 at 2:00 am | Dikirim dalam ~ S.A.Y.A ~ | 8 Komen

Tiba-tiba hari ni rasa “kureng mengancam”. Pertamanya, balik dari UKM, rumah rasa sunyi sepi, hemm…anak-anak sedara yang hingar-bingar tu dah balik kampung akak ipar sempena cuti sekolah. Tinggal la saya keseorangan di rumah. Keduanya, bila mengingatkan bulan 5 yang dah ke penghujungnya dan 6 bulan yang tengah mengintai-ngintai masanya untuk muncul. 2008 telah pun masuk ke fasa pertengahan. Persoalan yang bermain-main di fikiran sekarang ialah tentang “bende” yang saya kene capai pada bulan 7 yang nampaknya semakin hari semakin malap…uhhhh..tinggal sebulan je lagi!

 

 

Dan dari tadi saya asyik berfikir tentang dua perkara ni:

 

1)      ” Apa aku kene buat dalam masa sebulan ni untuk dapatkan “bende” ni?”

2)     Agaknya “bende” ni tak elok untuk aku kot, tu sebabnya cam tak nampak je jalannya walau dah macam-macam dah yang dibuat?”

 

 

Ntah kenapa yang kedua tu lagi kuat mempengaruhi saya. Teringat kata-kata dalam blog Saifulsham mengenai “EXIT STRATEGY”, iaitu waktu untuk anda melangkah keluar dari melakukan sesuatu perkara. Tujuannya untuk meraih sesuatu yang baik dan mengelak sesuatu yang buruk atau lebih buruk berlaku. Saifulsham gunakan istilah ni dalam perniagaan internet, tapi saya takla…cuma terfikir2 mungkin saya patut aplikasikannya dalam situasi saya ni…hmmmm…buntu sungguh!

 

Mujur juga, tiba-tiba mak telefon dari kampung. Katanya nak datang KL, minta saya jadi driver ke majlis perkahwinan anak kawannya kat Perak. Naluri mak ni memang kuat, tahu2 je anaknya tengah rasa “kureng mengancam”. Nampaknya ada peluang jalan-jalan sambil relesase tension sabtu ni. Lagipun, kalau jadi, kirenye 2nd time la saya drive sambil jalan-jalan kat perak ni……yeeeeeehaaaaaaa..

Finding My Way

29 Mei 2008 at 11:47 am | Dikirim dalam Motivasi | 6 Komen

keeps thinking!!

Senjata Psikologi

28 Mei 2008 at 1:18 pm | Dikirim dalam Yang Pelik Yang Jelik, ~ S.A.Y.A ~ | 8 Komen

Pernah tak kawan-kawan melihat orang berniaga dalam masjid? Berniaga di luar perkarangan masjid bukan perkara asing, tetapi terserempak dengan orang yang berniaga di dalam masjid macam pelik pulak buat saya. Mungkin kerana, ini pertama kali saya jumpa.

Mulanya bila saya masuk, saya terperasan seorang kakak bersama beg plastik yang besar berisi kerepek. Sangkaan saya mungkin kakak tu cuma berhenti untuk solat macam orang lain. Namun, selesai je saya solat, tiba-tiba kakak tu memanggil saya, kebetulan pula waktu tu memang takde orang lain kecuali dia dan saya.

Kakak Kerepek : Dik, belilah kerepek akak ni, sedap dik, dah sehari suntuk akak berniaga ni, belilah dik, kerepek ubi pedas ada, kerepek pisang ada.

Rayu akak tu bila saya sampai. Rupanya nak jual kerepek akak ni, bisik hati saya. Memandangkan mengejar masa, saya cuma memandang sepintas lalu dan terus terang padanya yang saya tak berminat walaupun yang sebenarnya saya penggemar kerepek.

Saya : Maaf kak, saya nak cepat la, kawan saya dah tunggu kat bawah, terima kasih ye kak, saya pergi dulu.

Anak kecil : Mak, laparnya, bila kita boleh makan, lapar la mak.

Tetiba seorang anak perempuan kecil datang, dengan wajah yang sayu, merayu minta makan dengan maknye. Rupanya ada anak akak ni.

Kakak Kerepek : Kejap ye nak, kerepek mak banyak lagi ni, lepas ni kita makan ye. Sabar ye nak.

Alamak…sedih la pulak saya rasa waktu tu, lagi-lagi bila memandang wajah si anak kecil itu.

Anak kecil : Kak, belilah kerepek mak saya ni, kalau tak lambat saya makan kak, saya lapar ni, tolonglah beli kak, rayu si anak kecil tu pada saya.

Bagaikan terpukau saya terus setuju beli, siap 3 bungkus lagi, kuat betul penangan anak kecil tu. Inilah kuasa kanak-kanak, cepat membuat kita tersentuh.

Kawan : Eh ,mana ko beli kerepek ni? patutlah lambat.

Saya pun menceritakan dari awal hingga akhir pada kawan saya.

Kawan : Tu la ko ni, cepat sangat percaya..ntah..ntah akak tu ketua sindiket yang guna kanak-kanak ke? Ataupun dia guna anak dia sebagai senjata psikologi ke? Mana la tau…kalau lapar sangat, bagi je la budak tu makan kerepeknye.

Saya : ishhh ko ni, kesian budak tu, kan ke masjid ni, lagipun aku cuma beli kerepek je la!

Tapi, lepas tu berfikir juga saya, tak dinafikan memang ada golongan yang tak bertanggungjawab menggunakan kanak-kanak untuk mengaut keuntungan sendiri. Apalah nasib kanak-kanak yang sepatutnya menghabiskan masa di sekolah menuntut ilmu dan di rumah bersama keluarga menjadi mangsa golongan yang tak bertanggungjawab ini. Yang peliknya, ada juga kanak-kanak tu, bila ditanya, mengaku suka pulak buat macam tu tanpa paksaan sesiapa.

Kuning ke Oren?

27 Mei 2008 at 9:28 am | Dikirim dalam ~ S.A.Y.A ~ | 3 Komen

 

                                                                                                        
Si kuning yang berbulu oren

Dialog di antara saya dan anak saudara saya, Rusydi yang berumur 5 tahun pada suatu hari selepas makan tengah hari,

 

Saya : Kuning..kuning..mari makan!

 

Tak lama kemudian Si Kuning datang dengan wajah laparnya.

 

Rusydi : Kenapa Mayuli panggil kucing tu kuning?

Saya : Emmm..sebab bulunya kuning, jadi Mayuli namakannya Kuning.

Rusydi : Tapi Udi tengok bulunya warna oren, bukan kuning, patutnya namanya Oren.

Saya : gulrp!!?????betul jugak! (tapi dalam hati je ni, dah terperangkap ngan kata-kata sendiri)…Betul kata Udi tu, tapi nampaknya kucing tu dah ok ngan namanya Kuning.

Rusydi : Macam mana Mayuli tahu?

Saya : Sebab setiap kali panggil Kuning mesti dia datang, dia dah tahu namanya Kuning.

Rusydi : Kalau panggil nama lain dia tak datang?

Saya : Kalau tiba-tiba kawan Udi panggil Udi dengan nama Waldan ke? Akram ke? Udi buat apa?

Rusydi : Udi marah la..(sambil menggaru-garu kepalanya).

Saya : Ok la, kuning pun dah habis makan, jom kita masuk rumah.

 

Pengajaran — > Fikir dulu sebelum bagi nama kucing.

Just Do It!

26 Mei 2008 at 8:51 am | Dikirim dalam Motivasi | Tinggalkan komen

Selamat hari Isnin!!!Apa perasaan kawan-kawan hari ini?Saya yakin ramai antara kawan-kawan yang rasa fantastic, bombastik dan bersemangat hari ini kan? Terus kekalkan mood baik itu ya!!!.

 

Saya nak kongsi satu situasi yang dihadapi oleh Si Pesimis dan Si Optimis. Eh, siapa mereka ni? Sebelum tu, mereka berdua ni memiliki sebuah garaj/bangsal/bengkel/stor. Pada hari sabtu yang damai, mereka berdua bercadang membersihkan garaj mereka.  Mereka bangun pagi, berjalan dengan semangatnya dan membuka pintu garaj itu. Namun, alangkah terkejutnya mereka berdua apabila melihat garaj mereka yang sangat-sangat berselerak. Agaknya apa tindakan mereka bila melihat keadan garaj tersebut?

Saat itu, Si Pesimis terus menutup pintu garajnya dan masuk ke dalam rumah.

Bagaimana pula tindakan Si Optimis?

Fikir punya fikir, Si Optimis dapat idea. Dia bercadang membahagikan garajnya kepada 4 bahagian. Hari ini dia akan mengemas satu bahagian sahaja dan bahagian yang lain setiap sabtu akan datang. Dia yakin, walaupun lambat, sebulan kemudian sudah tentu garajnya akan kemas juga.

 

Sebulan kemudian, garaj Si Pesimis tetap kotor dan berselerak manakala garaj Si Optimis sudah cun, bersih dan kemas.

 

Si Optimis tidak pernah menghadkan pemikirannya. Semakin banyak yang difikirkan, semakin banyak peluang dan pilihan yang ditemui. Si Optimis juga SENTIASA dan TIDAK PERNAH putus asa melakukan sesuatu walaupun nilainya kecil,  SENTIASA bertindak dan SENTIASA merasakan ada perkembangan dalam usahanya.

 

Kesimpulannya, just do it! 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Laman Berikutnya »

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.