S.T.U.B

27 Oktober 2009 at 12:19 pm | Dikirim dalam ~ S.A.Y.A ~ | 5 Komen

Nama pesakit : JuliaNa

Jenis penyakit : Sindrom Takdapat Update Blog (S.T.U.B)

Punca penyakit : Sedang dalam siasatan.

Tanda-tanda penyakit : Sebuah Contengan tidak diupdate..kejap ada..kejap takde ! Tiada juge lawatan muhibah ke blog  kawan2.. :( 

Cadangan rawatan : Pengurusan masa yang lebih efektif…huhu….😥

Tindakan sekarang : Berehat daripada mengupdate Sebuah Contengan.

Pesanan dari pesakit : Sebuah pantun peninggalan nenek moyang:

                                   Andai ada sumur di ladang,

                                    Boleh saya menumpang mandi,

                                    Andai ada umur yang panjang,

                                    Boleh saya dan kawan2 kat blog ni berjumpa lagi.

Sekian,

Salam Maju Jaya.

Mahalkah sebuah “Terima kasih”?

7 Oktober 2009 at 4:50 pm | Dikirim dalam Santai, ~ S.A.Y.A ~ | 22 Komen

Salam kawan-kawan,

 I’m back!!🙂. Sekian lama tidak mengupdate blog dan melawat kawan-kawan. Alhamdulillah, tahun ni saya dapat menamatkan pengajian MSc saya. Sangat payah rupanya Msc by Research ni (bagi saya la, orang lain mungkin tidak)..tapi lega semuanya dah berakhir. Namun hakikatnya, kehidupan yang sebenar baru sahaja bermula. Kini, hampir 6 bulan saya bekerja di Terengganu. Walaupun jauh dari kampung halaman dan jauh dari keluarga, tapi semuanya BEST  & SYOK di sini!! 😀

Bawah ni saya kongsikan gambar sewaktu konvo UKM bulan 8 baru ni. Buat pertama kalinya semua keluarga (kecuali adik bongsu) dapat datang konvo saya. Konvo BSc sebelum ni hanya emak dan abang  je yang datang. Maklumlah waktu tu jauh di Terengganu.

blog

 Kembali ke tajuk utama.

Pernah tak kawan-kawan menolong seseorang dan orang yang di tolong tu tak ucapkan terima kasih? Apa perasaan kawan-kawan waktu tu? Marah? Geram? Rasa sia-sia je tolong orang camtu? Mengutuk sambil cakap “pasni confirm aku tak nak dah tolong dia lagi”? Atau mungkin kawan-kawan rasa takpelah sambil berbisik pada diri sendiri, “aku tolong dia ngan ikhlas, tak cakap terima kasih pun takpe”.

Bagi sesetengah orang ucapan TERIMA KASIH begitu mahal dan payah untuk diucapkan. Bagi sesetengah orang yang lain pula terlalu sensitif dengan ucapan TERIMA KASIH hinggakan berkecil hati jika orang lain tidak mengucapkan TERIMA KASIH padanya.

Kawan-kawan ada pandangan untuk dikongsi, sharelah dengan saya ye.

p/s: Terima kasih buat kawan-kawan yang sudi bertanya khabar saya walaupun lama saya tidak mengupdate blog. Terharu dibuatnye..eheee.. 😀

Kemalangan…apa nak buat ni?

12 Januari 2009 at 12:56 am | Dikirim dalam ~ S.A.Y.A ~ | 21 Komen

 

Sekian lamanya saya menyepi dari blog ni. Masa yang ada lebih banyak difokuskan untuk menulis tesis sehinggakan ‘terlupa’ untuk mengupdate blog. Eh, sebenarnya tak pernah terlupa pun! Cuma saya rasa tak best jika saya mengupdate blog ni tanpa melawat blog orang lain :)

 

Apa khabar kawan-kawan? Semoga tahun baru ni membawa lebih banyak kejayaan dan kegembiraan. Bagi saya, sangat lega rasanya dapat juga menamatkan kerja di makmal pada penghujung tahun lepas. Jadi, tahun ni tak perlu terkurung di makmal lagi dan tumpuan kini hanya pada tesis dan menulis paper untuk journal. Tiba-tiba rasa tak sabar nak menamatkan status pelajar sepenuh masa ni.

 

Sebenarnya, saya baru alami kemalangan jalan raya. Ada beberapa perkara yang dapat saya belajar melaluinya. Mungkin ianya biasa dan ramai yang dah pun tahu. Namun, ianya adalah perkara yang baru buat saya.

 

Situasi 1:

 

Kemalangan di lampu isyarat, kereta bertembung dengan kenderaan dari arah lain selepas lampu isyarat dari arah sendiri bertukar hijau.

 

  1. Selepas kemalangan, berhentikan kereta di tepi jalan dan pasang signal kecemasan.
  2. Catatkan no kereta dan jenis kereta yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
  3. Lebih baik dapatkan sekali no telefon orang yang terlibat tu.
  4. Jika memandu sendirian, dapatkan sekurang-kurangnya seorang saksi bebas untuk membuktikan lampu isyarat dari arah sendiri memang dah hijau sewaktu kejadian. SAKSI sangat-sangat penting ketika membuat repot polis.
  5. Periksa keadaan kereta. Jangan memandu kereta yang baru kemalangan kecuali memang dah yakin kereta tu masih OK. Jika tidak, akan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk kepada kereta. Lebih malang lagi, pihak insuran mungkin tidak akan membayar tuntutan ganti rugi jika didapati kereta rosak teruk kerana dipandu selepas kemalangan dan bukan sewaktu kemalangan.
  6. Sebaiknya, hubungi keluarga atau kawan yang berdekatan dengan tempat kejadian untuk membantu. Selain itu, boleh juga hubungi polis ataupun pihak insuran yang menawarkan ‘Perkhidmatan Bantuan Segera Penyelarasan Kerosakan di Tempat Kemalangan’ contohnya Kurnia Auto Assist (KAA).

 

Situasi 2:

Jika memandu sendirian, tiba-tiba kereta rosak di lampu isyarat yang sangat sesak. Enjin kereta tak dapat dihidupkan dan signal kecemasan tak dapat berfungsi. Kebetulannya, kedudukan kereta di line tengah antara 3 line dan berada paling hadapan sekali.

 

  1. Bertenang. Hubungi keluarga atau kawan-kawan yang berhampiran dengan tempat kejadian supaya datang segera. Kalau lelaki lagi elok (tak dinafikan dalam situasi ini bantuan lelaki sangat-sangat diperlukan)
  2. Kawal emosi dan jangan stress. Dalam kejadian seumpama ini, kebarangkalian untuk dibantu adalah tipis berbanding dimarah, dihon dengan kuat dan diherdik dengan kata-kata kesat oleh pemandu lain. Ini kerana mereka belum faham situasi sebenar yang berlaku. Selain itu, memang sikap pemandu Malaysia kot yang begitu…uhuu…😦
  3. Bila keadaan sesuai, letakkan plat segitiga kecemasan warna merah tu beberapa meter dari arah kereta untuk bagitau yang kereta rosak.
  4. Akhir sekali, dapatkan bantuan untuk menolak kereta ke tepi jalan. Pastu boleh la hubungi mekanik ataupun perkhidmatan tunda kenderaan.

 

Kawan-kawan juga ada tips yang berguna? Silalah kongsikan sama-sama dengan saya!!

 

Note: Beberapa minggu ni, terpaksalah saya ‘berkabung’ di rumah sahaja. Bagi saya yang tak boleh duduk diam ni, situasi ini sangatlah membosankan. Apapun, saya akan penuhi masa ‘kene berkabung’ ini secukupnya untuk melawat blog kawan-kawan nanti…see ya!!!😉

Kritikan atau Kutukan?

28 November 2008 at 12:53 pm | Dikirim dalam Motivasi, ~ S.A.Y.A ~ | 25 Komen

06_harsh_critic

Sebenarnya dua-dua pun sama kan? Bagi saya, istilah ‘kritikan’ agak lebih selesa didengar berbanding ‘kutukan’. Selalu juga saya terkeliru dengan dua istilah ini.

Kritikan saya anggap sebagai suatu yang positif. Saya sentiasa perlukan kritikan. Kritikan akan memastikan saya berada dilandasan yang betul dan bukan syok sendiri dalam membuat sesuatu. Secara peribadinya, saya tak mampu pun mempamerkan wajah gembira walaupun sekadar senyuman apabila dikritik di khalayak ramai. Ini kerana, ekspresi wajah saya yang semulajadinya agak mudah berubah dan sukar berpura-pura. Kelemahan yang sukar diatasi. Namun, jauh di sudut hati saya, saya sangat bersyukur kerana adanya kritikan tersebut. Kritikan saya akan ambil dan cuba perbaiki mana-mana yang patut. Sama juga dalam dunia blog ni, kalau tiada komen dari kawan-kawan, mesti tak best kan, betul tak?

 

Namun, ada sesetengah perkara saya mengkelaskan sebagai kutukan. Kutukan pula bagaikan virus negatif yang boleh melemahkan diri saya. Kutukan membuatkan saya hilang keyakinan, sakit hati dan sedih. Bagaimana agaknya saya mengkelaskan dua istilah ini? Mungkin penggunaan bahasa agaknya. Kadang-kadang ada kutukan yang terlalu menyentuh emosi sampai merendahkan harga diri. Apabila dari awal saya dah anggap ianya negatif, sudah tentu kesannya negatif jugak kan?😦

 

Apa yang saya patut buat?

 

  1. Anggap kutukan adalah sama dengan kritikan. Kutukan juga positif. Mana yang baik, ambil dan perbaiki. Mana yang buruk abaikan.
  2. Apabila rasa terlalu sedih kerana kutukan tersebut, cari seseorang yang benar-benar dipercayai untuk berkongsi perasaan. Perempuan memang camtu kan? Pada saya, mak adalah pilihan yang terbaik.
  3. Belajar lebih bertenang dan berfikiran terbuka menerima kutukan.

 

Kawan-kawan ada cerita pasal kutukan ni, sudikanlah berkongsi dengan saya.

 

Note: Lama saya tidak mengupdate blog ni, ada berita sangat gembira dan berita sedih campur gembira yang saya baru tahu.

 

Berita sangat gembira : Saya terpilih sebagai penerima keychain dari blog Adlankhalidi.com, Wahhh..sangat terharu!!!Terima kasih Encik Adlan atas penghargaan itu.😉

 

Berita sedih campur gembira : Syam dari blog Aeropama Dot Com mengumumkan mahu berhenti menulis blognya, sesuatu yang sangat memeranjatkan kerana beliau seorang penulis yang berbakat dengan perkongsian yang terlalu berharga. Namun, kunjungan saya tadi menunjukkan blog tersebut sudah pun mempunyai penulis baru.🙂

 

 

~ Bersabarlah Sayang ~

13 November 2008 at 8:51 am | Dikirim dalam Yang Pelik Yang Jelik | 23 Komen

 

Memang perkara biasa simpang di taman rumah saya akan sesak di awal pagi. Ini kerana tiadanya lampu isyarat dan juga semak-samun yang semakin hari semakin menyemak tanpa kawalan.

 

Pagi tadi, saya asyik dihon oleh sebuah kereta Viva milik seorang lelaki kerana lambat melintas ke kanan dari simpang tu. Saya rasa mungkin dia tak biasa dengan simpang tu. Lagipun hanya kereta yang paling hadapan sahaja akan nampak kenderaan yang datang dari sebelah kiri kerana semak yang menyukarkan pandangan. Dan mungkin juga saya yang sangat lembap masa tu.😦 Apapun, saya taklah ambil kisah dengan hon yang dilemparkan kerana pada saya keselamatan adalah lebih utama. Lagipun waktu tu baru jam baru 7.15 pagi, masih awal kan?

 

Apabila saya melintas je, tiba-tiba, Dummmm!!!!saya terdengar satu dentuman yang kuat. Bila saya melihat cermin pandang belakang, saya nampak kereta Viva yang asyik menghon saya tadi telah berlanggar dengan sebuah motosikal yang datang dari sebelah kiri simpang tu. Sungguh tak sangka. Namun, saya hanya meneruskan perjalanan kerana sudah tentu simpang tu akan bertambah sesak jika saya berhenti juga.

 

Mungkin kalau lelaki itu bersabar sedikit, kemalangan itu dapat dielakkan. Tak salah kan kalau kita lambat sikit untuk lebih berhati-hati?

 

Sekadar Selingan:🙂

 

pravs-j-where-you-belong

 

 

Laman Berikutnya »

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.