Kritikan atau Kutukan?
28 November 2008 at 12:53 pm | In Motivasi, ~ S.A.Y.A ~ | 25 CommentsSebenarnya dua-dua pun sama kan? Bagi saya, istilah ‘kritikan’ agak lebih selesa didengar berbanding ‘kutukan’. Selalu juga saya terkeliru dengan dua istilah ini.
Kritikan saya anggap sebagai suatu yang positif. Saya sentiasa perlukan kritikan. Kritikan akan memastikan saya berada dilandasan yang betul dan bukan syok sendiri dalam membuat sesuatu. Secara peribadinya, saya tak mampu pun mempamerkan wajah gembira walaupun sekadar senyuman apabila dikritik di khalayak ramai. Ini kerana, ekspresi wajah saya yang semulajadinya agak mudah berubah dan sukar berpura-pura. Kelemahan yang sukar diatasi. Namun, jauh di sudut hati saya, saya sangat bersyukur kerana adanya kritikan tersebut. Kritikan saya akan ambil dan cuba perbaiki mana-mana yang patut. Sama juga dalam dunia blog ni, kalau tiada komen dari kawan-kawan, mesti tak best kan, betul tak?
Namun, ada sesetengah perkara saya mengkelaskan sebagai kutukan. Kutukan pula bagaikan virus negatif yang boleh melemahkan diri saya. Kutukan membuatkan saya hilang keyakinan, sakit hati dan sedih. Bagaimana agaknya saya mengkelaskan dua istilah ini? Mungkin penggunaan bahasa agaknya. Kadang-kadang ada kutukan yang terlalu menyentuh emosi sampai merendahkan harga diri. Apabila dari awal saya dah anggap ianya negatif, sudah tentu kesannya negatif jugak kan?
Apa yang saya patut buat?
- Anggap kutukan adalah sama dengan kritikan. Kutukan juga positif. Mana yang baik, ambil dan perbaiki. Mana yang buruk abaikan.
- Apabila rasa terlalu sedih kerana kutukan tersebut, cari seseorang yang benar-benar dipercayai untuk berkongsi perasaan. Perempuan memang camtu kan? Pada saya, mak adalah pilihan yang terbaik.
- Belajar lebih bertenang dan berfikiran terbuka menerima kutukan.
Kawan-kawan ada cerita pasal kutukan ni, sudikanlah berkongsi dengan saya.
Note: Lama saya tidak mengupdate blog ni, ada berita sangat gembira dan berita sedih campur gembira yang saya baru tahu.
Berita sangat gembira : Saya terpilih sebagai penerima keychain dari blog Adlankhalidi.com, Wahhh..sangat terharu!!!Terima kasih Encik Adlan atas penghargaan itu.
Berita sedih campur gembira : Syam dari blog Aeropama Dot Com mengumumkan mahu berhenti menulis blognya, sesuatu yang sangat memeranjatkan kerana beliau seorang penulis yang berbakat dengan perkongsian yang terlalu berharga. Namun, kunjungan saya tadi menunjukkan blog tersebut sudah pun mempunyai penulis baru.
25 komen »
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback
Tinggalkan komen
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.

yeah ramai yg terkejut sebenarnya bila aeropama nak quit blogging..
tapi biarlah itu keputusan dia..
Komen oleh callister — 28 November 2008 #
huu.. saya pn lama tak hinggap sini. busy dgn exam aritu.. sempat udate blog je.. terbang2 jarang. haha.
saya pn sependapat. kutukan tu lebib bersifat negatif. lg kasar mungkin berbanding kritikan.
Komen oleh !x0r@ — 28 November 2008 #
mm yup…same je…sy xsuke kutukan shj..sy suke kutukan n suggestion utk improve bnd yg org kutuk tu…
lecturer sy ckap,kalo org tu kutuk je, maknenye he/she know nothing…kalo die bg suggestion,kn lebih baik=)
Komen oleh cikf=) — 28 November 2008 #
jika kutukan dibuat ke atas perkara2 yg negatif dan kejam maka ianya akan menjadi sesuatu yg patut dan perlu dilakukan..
Komen oleh Lan Bingka — 28 November 2008 #
4 bulan praktikal sentiasa menerima kritikan.. alah bisa tegal biasa..
jgn lupa bls email ye. nk pos itu keychain. takleh nak attach plak pki email
Komen oleh myadlan — 28 November 2008 #
A’kum,
org yg rasa baguih je x boleh dikritik..tp ada ke manusia yg betul2 baguih?
Komen oleh etomyam — 28 November 2008 #
~ for me, utk terima kutukan tuh cam agak susah since kita akan rasa berkecil hati. tapi jika diberi kritikan, still boleh terima dengan hati yg terbuka. ~
Komen oleh ~ mizzAmy ~ — 28 November 2008 #
as long as kita tahu apa yang kita buat, tak payah nak ambil kisah sangatlah apa yang orang kutuk.. after all, bukan diorang yang bagi kita makan pun kan! heheh..
Komen oleh demang — 28 November 2008 #
kritikan = kata-kata yang punya asas yang cenderung untuk mengubah ke arah yang lebih positif
kutukan = kata-kata yang mungkin ada asas atau tidak dan cenderung ke arah yang negatif atau keburukan.
tapi bergantung juga pada yang kena. mahu ambil secara positif atau tidak…
ps: saya sudah tidak menulis tapi masih membaca entri2 anda serta mengomen
Komen oleh Syam — 28 November 2008 #
bagi Q,
kritikan lebih baik dari kutukan.
kritikan lebih kepada membina, beri jalan keluar.
kutukan lebih kepada tak bawa kemana, kutuk2+blah.
terpinga-pinga dibuatnya…
kritikan lebih ayat positif dan halus.
kutukan lebih ayat negatif dan kasar.
terkesima dibuatnya…
Komen oleh qdetactive — 29 November 2008 #
Orang yang suka mengutuk biasanya, orang yang cuba mengaburi kelemahan diri sendiri dengan cara melemahkan keyakinan diri orang lain.
Orang yang terlalu suka mengkritik pula, terlalu yakin dengan diri sendiri sampaikan tak boleh nak kawal diri.
Kesimpulan.
Bersederhana lah dalam semua perkara.
Komen oleh xeea — 29 November 2008 #
biase la org…suke tgk benda hitam aje.. walaupon diri dier hitam seluruh bdn ^^
Komen oleh duone_starz — 1 Disember 2008 #
Aku mAsih terkejut dengan pemberhentian syam… huhu
Komen oleh Adry — 1 Disember 2008 #
saya baru kembali berblog, baru tau yang syam mahu berhenti menulis. sayang sekali.
perasaan kita sebenarnya yang membezakan di antara kritikan dan kutukan itu. dan bagaimana kita mahu menerimanya.
Komen oleh alone — 2 Disember 2008 #
ye!!
sy selalu anggap kutukan adalah sama dengan kritikan. Hehe
Komen oleh kusu — 3 Disember 2008 #
mana2 pun sama…cuma kne fikirkan mana yang positif dan negetif je
Komen oleh framestone — 4 Disember 2008 #
biarlarrr kritikan yg membina.. gitewww kannns
Komen oleh en_me — 16 Disember 2008 #
Kritikan leh memotivasikan & mematikan semangat seseorang. Sungguhpun begitu, kritikan yang diterima jika dpt ditangani dgn baik mampu memotivasikan anda. Apabila dikritik, anda digalakkan bertenang. Sekiranya kritikan berbentuk membina dan benar, terimalah kritikan itu seadanya. Kalau salah pula cmne? Pe nk bt? Dapatkan maklumat dr mn butiran kritikan tu diperoleh & anda bertanggungjawab membetulkan tanggapan yg salah tersebut drpd terus membelenggu & menjejaskan prestasi semangat anda.
Komen oleh shinja — 17 Disember 2008 #
en me: kalau kutukan yang membina agak2 ade tak? ekekkeeke..
Komen oleh lydiarayyan — 18 Disember 2008 #
aku terkejut gak dengan keputusan syam nak berhenti menulis..
Komen oleh Mohd Hafifi — 21 Disember 2008 #
sama jew semua tuh…..
kekadang tak puas hati bile kritikan di television…..
terutama Adlin Aman Ramli (bajet bagus)
huh~
Komen oleh crazylove — 27 Disember 2008 #
hoo .. kutukan ni dah nama pun kutuk mmg bukan yang positif .. kritikan boleh diterima.. kritikan biasanya (majoriti yang kata) ada lah positif…
org kaki kutuk ni mmg teruk .. macam dia bagus sangat… menyampah gak ngan manusial camtu .. ;p
selamat tahun baru!
Komen oleh Dakjaat — 1 Januari 2009 #
happy new year!! cepat la update…
Komen oleh buzzybug — 2 Januari 2009 #
kritikan – positive
kutukan – negative
kutu – gatal kepala den!!
Komen oleh t.a.t.a — 10 Januari 2009 #
To kawan2 di atas:
Terima kasih atas komen2 kalian..
Komen oleh JuliaNa — 14 Januari 2009 #