~ Bersabarlah Sayang ~
13 November 2008 at 8:51 am | In Yang Pelik Yang Jelik | 23 Comments
Memang perkara biasa simpang di taman rumah saya akan sesak di awal pagi. Ini kerana tiadanya lampu isyarat dan juga semak-samun yang semakin hari semakin menyemak tanpa kawalan.
Pagi tadi, saya asyik dihon oleh sebuah kereta Viva milik seorang lelaki kerana lambat melintas ke kanan dari simpang tu. Saya rasa mungkin dia tak biasa dengan simpang tu. Lagipun hanya kereta yang paling hadapan sahaja akan nampak kenderaan yang datang dari sebelah kiri kerana semak yang menyukarkan pandangan. Dan mungkin juga saya yang sangat lembap masa tu.
Apapun, saya taklah ambil kisah dengan hon yang dilemparkan kerana pada saya keselamatan adalah lebih utama. Lagipun waktu tu baru jam baru 7.15 pagi, masih awal kan?
Apabila saya melintas je, tiba-tiba, Dummmm!!!!saya terdengar satu dentuman yang kuat. Bila saya melihat cermin pandang belakang, saya nampak kereta Viva yang asyik menghon saya tadi telah berlanggar dengan sebuah motosikal yang datang dari sebelah kiri simpang tu. Sungguh tak sangka. Namun, saya hanya meneruskan perjalanan kerana sudah tentu simpang tu akan bertambah sesak jika saya berhenti juga.
Mungkin kalau lelaki itu bersabar sedikit, kemalangan itu dapat dielakkan. Tak salah kan kalau kita lambat sikit untuk lebih berhati-hati?
Sekadar Selingan:
23 komen »
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback
Tinggalkan komen
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.

kesian pemilik viva..kan dah eksiden..wuuuuu
Komen oleh Izad Amza — 13 November 2008 #
~ tak pasal2 jer. bawak2 la bersabar, kan? nak cepat punya pasal kan dah rugi diri sendiri. ~
Komen oleh ~ mizzAmy ~ — 13 November 2008 #
orang skang emmang kurang sabar..
isk kekadang rasa nak ketok je paler sape yang asyik hon je tuh..
Komen oleh jue — 13 November 2008 #
sabar tu separuh drp imaann..
ingt la orang yg tersayang
.
Komen oleh budak kampung — 13 November 2008 #
betul 2..
sy memg sakit hati kalo org hon2 ni..
apehal?
ingat kita saje je ke nak lmbt2 lintas jalan..
safety comes first!
Komen oleh callister — 13 November 2008 #
yup safety first..tp kekdg ramai yg terlupa mengenainya… report la kejadian nie pd pihak majlis daerah..sekurg2nya ade tndakana yg akan diambil di simpang tue
out of topic–> he..23x sian dinding tue kan… sampai la nie tgn masih xok lg la
Komen oleh framestone — 14 November 2008 #
hon jangan tak honn.. salammmz jumat akak itteww
Komen oleh en_me — 14 November 2008 #
typical malaysian….angel turn devil behind steering…apa nak cakap padan muka je lah
Komen oleh etomyam — 14 November 2008 #
haha..sy pun pernah dgr crite mcm ni..
org tu xsabar2, asyik hon je..pastu eksiden ngan lori sket…
Komen oleh cikf=) — 14 November 2008 #
tu laaa… sapa suh x sabar sangat… kan dah eksiden… huhu… kalo dah tau lambat tu kuar laa umah lagi awal.
benci laa org suka hon2… dah kita kat depan dia… tunggu je la giliran. bengong sungguh org camtu. ciss… teremo plak.
Komen oleh buzzybug — 14 November 2008 #
aiyoo..kan dah kena
mulakan hari dgn senyuman ye..
Komen oleh Lan Bingka — 14 November 2008 #
adoi.. pagi2 nak pegi ofis ke dah kene pegi balai polis.. sian mamat tu..
Komen oleh myadlan — 14 November 2008 #
lelaki… suka sgt mengehon kalau pemandu depannya perempuan… kata kita lambat la… dan mcm2 la… itula… sometimes, berhati2 dan bersabar kan lebih baik… sek bek jue oke…
Komen oleh fieza — 15 November 2008 #
Tu laa tuhan nak tunjuk kan..aku kadang2 hangin jugak ngan orang2 yang tak sabar ni…lagi2 potong Q..
Komen oleh chuckiesd — 16 November 2008 #
lalalalaa……padan muka..suke sgt hon2 org…(huhu..jahatnyer aku)
mungkin dia memang seorang pemandu berhemanh…tp pada hari kejadian…dia betul2 dalam kecemasan tp malangnye dia kena langgar la pulek…
Komen oleh lydiarayyan — 21 November 2008 #
… padah tak sabar2..
Komen oleh nono — 22 November 2008 #
Eksiden ek.. kesian VIVA tu..
Mesti terbang duit dia banyak2…
Komen oleh zool — 23 November 2008 #
kesian die. itulah kadang2 kalo dah pegang stering kete luper dunia….. huhuhu……
Komen oleh pendekar — 24 November 2008 #
Mamat tu yg mangkuk. Kalau dia betul2 handal mesti lah dia tau, tak guna suruh kura2 berlari. Dah sah2 kura2 tu lembab nak buat cammana kan.
Komen oleh ayul — 24 November 2008 #
padan muka dia.
orang tamak selalu rugi.
bagai anjing dan bayang-bayang.
err.. macam lari tajuk pulak.
hehe
Komen oleh xeea — 27 November 2008 #
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA.
MEMAHAMI ERTI PENGORBANAN NABI IBRAHIM YANG SANGGUP MENGORBANKAN ANAKNYA KERNA CINTA PADA ALLAH
MARDHOTILLAH
Komen oleh pendekar — 7 Disember 2008 #
ha, tu la. nak cepat sangat. yang jadi mangsanya,
motosikal tu la kan.
sebab dia kecik.
Komen oleh munirah — 29 Disember 2008 #
klu kat kl perkara cam tu memang dah biasa dh..pekak kan je la telinga..dh x de dah nak sabar dah…jln sesak lg bertambah sesak..klu bagi muke memang sampai bile la x dapat kuar simpang..jd kene cekap la,,hahahah
Komen oleh ariel_85 — 25 Ogos 2009 #