~ Virus SIBUK menyerang~
26 Oktober 2008 at 3:51 am | In ~ S.A.Y.A ~ | 28 CommentsSaat saya menulis entri ni, hanya tinggal hanya 66 hari lagi untuk melengkapkan kitaran 2008. Owhh..cukupkah waktu untuk mencapai segala yang dirancang tahun ni? Soalan inilah yang asyik menghantui fikiran saya kebelakangan ini. Kawan-kawan pula bagaimana? Semua azam tahun ni sudah terlaksana?
Bulan ni juga menjadikan virus sibuk terus menerus menyerang diri saya:
- Terkurung di makmal sebagai seorang saintis selama 15 jam sehari selama seminggu.
- Terpaksa menghadap komputer 15 jam sehari selama seminggu namun tanpa talian internet dan sungguh membosankan, hanya untuk kerja-kerja menganalisis sahaja.
- Masa makan yang menjadi tidak menentu, makan hanya bila rasa sangat-sangat lapar sahaja.
Kesan-kesannya:
- Terpaksa menolak beberapa undangan Rumah Terbuka Sempena Hari Raya.
- Tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan kawan sekampung, Abdul Aziz. Buat Ajis, Selamat Pengantin Baru ya!!
- Tidak dapat hadir ke majlis pertunangan kawan sekampung juga. Buat Erwana dan Herman (jika kalian membaca blog ini)..Selamat Bertunang!!. Semoga majlis perkahwinan kalian nanti aku dapat hadir.
- Tidak dapat mengupdate blog, merayau-rayau dan meninggalkan contengan di blog kawan-kawan.
- Mungkinkah berat badan saya menurun lagi?
Note : Terima kasih buat kawan-kawan yang memberi komen di entri “Hadiah kecil yang besar maknanya”. Saya akan balas komen kawan-kawan tu nanti.
Note lagi : Buat kawan-kawan yang sudi singgah kat blog ni dan telah meninggalkan jejak, saya akan jejak balik blog istimewa kawan-kawan tu nanti.
Note lagi dan lagi : Dalam minggu ni, ramai sangat orang kat makmal menegur yang saya nampak semakin kurus. Sebenarnya saya tak la kisah sangat, tapi mungkin saya tidak patut abaikan masa makan saya lagi.
Note Istimewa : Buat kawan-kawan yang belajar, SEMOGA BERJAYA dalam PEPERIKSAAN tak lama lagi. Saya pun pelajar juga, tapi saya tak perlu menghadiri peperiksaan
Buat kawan-kawan yang bekerja juga, semoga sentiasa sukses dalam tugasan masing-masing ya, yang mana sebenarnya kalianlah yang lebih sibuk kalau nak dibandingkan dengan pelajar macam saya.
28 komen »
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback
Tinggalkan komen
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.
sibuk ek…
sama la kite..
huh!!lagi 66 hari nak tahun baru??
owh no!!
Komen oleh callister — 26 Oktober 2008 #
iya, 66 is my lucky number.. ehehe
Komen oleh en_me — 26 Oktober 2008 #
dah habis virus sibuk tu, pergi la bercuti ye..
Komen oleh Lan Bingka — 26 Oktober 2008 #
TQ krn sudh menconteng di blog saya..nk kena frame tu. semoga b’jaya mnhgadapi virus² itu..;p
Komen oleh budak kampung — 26 Oktober 2008 #
banyaknya note kali ni.. hehe. thanks sudi ziarah kembali.
tapikan kalau busy je, why not puasa sunat. at least makan waktu pagi n mlm je. tak perlu risau makan lunch ke tak..
Komen oleh myadlan — 26 Oktober 2008 #
~ busy pun busy gak. tapi makan kena jaga tau. if u tak makan, nanti tak dek tenaga nak buat all the assignments bagai. nak study pun cam tak bermaya nanti. so, makan tuh penting.. jangan abaikan… ceaa, pandai nasihat kat orang. hehehe… ~
Komen oleh ~ mizzamy ~ — 26 Oktober 2008 #
Ala kesiannya dia..
Apa nak buat tu le namanya keje..
Komen oleh zool — 26 Oktober 2008 #
bersusah-susah dulu kak…
Komen oleh qdetactive — 26 Oktober 2008 #
sibuk memang sibuk. tapi kena jaga kesihatan awak. kalau sakit, sia-sia saja kerja yang awak usahakan selama ini
Komen oleh aeropama dot com — 26 Oktober 2008 #
orang yang paling pandai menguruskan masa adalah orang yang sibuk. so sibuk tu adalah lumrah untuk kita membiasakan diri memanfaatkan setiap detik yang kita ada. hehehe…=)
Komen oleh drrazi — 26 Oktober 2008 #
saya takde kata-kata nk diucapkan sebab saya tengah bermasalah skang ni. apa2 pn, selamat maju jaya! relevan ke tak komen ni,saya pn taktau. haha
Komen oleh !x0r@ — 26 Oktober 2008 #
pe2 pun jaga le permakanan…if klu mmg nk kuruskan badan tue len cite la kan…
out of topic–>
ade jugak dengar humor pasal nk cucuk jarum die kne panaskan dulu..tp just untuk pompuan je..so kami xde la nk amik port sgt
Komen oleh framestone — 27 Oktober 2008 #
owh…sy pun nak cube buat2 sibuk…huhuhu
Komen oleh cikf=) — 27 Oktober 2008 #
duduk dlm makmal?
tak de internet?
analisa data saja?
someone stab me please!!
Komen oleh t.a.t.a — 27 Oktober 2008 #
oh, semoga anda sentiasa sabar menghadap virus-virus itu. (Juga untuk isteri mr ah fa yang menghadap virus di John Curtin)
Berusahalah!!
Komen oleh mrahfa — 27 Oktober 2008 #
wowwww… duk terkurung dalam lab tgk data? mmg boring… x ngantuk ke kalo camtu?
Komen oleh buzzybug — 28 Oktober 2008 #
reply utk kesan #2:
tqvm.
xpe, xde rezeki nak datang.
tunggu majlis kamu ler…. bile eh?
Komen oleh axis706 — 29 Oktober 2008 #
sy pun ngah sibuk sekarang ni..
test ngan exam semua dah dekat..
arggh!!
haha..
Komen oleh mahsyar90 — 29 Oktober 2008 #
busy ke jue? urm… gambate naaaaa…. semoga semuanya selesai dengan bagus sekali
Komen oleh fieza — 30 Oktober 2008 #
puhh..!! bz ye..,
bz sebab tangungjawab tak pe…teruskan..!!
hehehe…
Komen oleh toi — 30 Oktober 2008 #
best jgk klu bz dpt kuruskn badan…ieja bz tapi makin naek berat badan..howcme?? ;p
Komen oleh IEJA — 31 Oktober 2008 #
fuyu dok makmal under ground nih….
best..best.. pastikan bekalan suma cukup…
bekalan udara …bekalan makanan,, minuman,,
bekalan oksigen tu yg penting ….
Komen oleh cicak — 31 Oktober 2008 #
wah… bosannya duduk lama dalam makmal.. serious, tak leh tahan
Komen oleh nono — 31 Oktober 2008 #
Salam..
Janganlah abaikan waktu makan .. nanti penyakit lain yang datang. Semoga anda tenang menjalani kehidupan
Untuk pengetahuan,blog akak telah berubah alamatnya.Harap maklum.
http://www.akuberbicara.blogspot.com
Komen oleh Shila — 1 November 2008 #
susah kalu virus malas ngan virus sibuk menyerang serentak
Komen oleh lydiarayyan — 2 November 2008 #
salam
kene jage kesihatan sis.
kang susah pulak takde sesaper nak menconteng…he he he
Komen oleh pendekar — 3 November 2008 #
sian julie..
thanks 4 d wish..
Komen oleh erman — 6 November 2008 #
kiter tukar link ek?
i loikeeee ur blog
Komen oleh jue — 6 November 2008 #