Hari Yang Baik Menanam Pokok?

7 Oktober 2008 at 10:14 pm | Dikirim dalam Santai | 19 Komen

 

Pernah tak kawan-kawan dengar, adanya sesetengah orang yang tanam pokok apapun pasti akan tumbuh? Ada juga sesetengah orang tu yang nak tanam pokok, tapi tak boleh nak tumbuh? Dulu, masa kecil, mak saya pun pernah cakap nak tanam pokok ni ikut orang juga. Jika orang tu bertangan panas, pokok yang ditanam susah nak tumbuh. Biasanya kalau orang tu bertangan sejuk, pasti subur pokok yang ditanam. Namun, sampai hari ini, saya tetap tak faham apa maksud tangan panas tu, dan apa pula maksud tangan sejuk tu.

 

Pernah juga suatu ketika dulu, makcik saya pernah berpesan pada saya. Kalau perempuan, tak elok menanam pokok sewaktu sedang dalam haid. Katanya pokok susah nak tumbuh, dan kalau tumbuh pun tak subur. Pesanan ni sampai sekarang saya ingat, dan memang saya amalkan, walaupun saya tak berapa jelas mengapa sebenarnya. Ada juga yang kata, nak tanam lada jangan ketika marah, nanti ladanya pedas sangat. Macam-macam je petua yang ada kan?

 

Saya memang suka menanam pokok. Mujur sehingga hari ni, pokok-pokok yang saya tanam menjadi. Mungkin juga saya ni bertangan sejuk kot..ehee… :P Sebenarnya, saya cuma tanam pokok-pokok hiasan je. Tapi, pagi tadi, saya mendapat satu lagi petua untuk menanam pokok ni. Petua ini datang dari seorang kaunselor lelaki di tempat saya. Rupanya dia mempunyai minat yang sama seperti saya.

 

Katanya, nak tanam pokok ni, ada 3 hari yang baik untuk menanam. Hari-hari tersebut ialah Isnin, Rabu dan satu hari lagi dia lupa pula hari apa. Saya pun mendesak la dia  supaya ingat satu hari lagi yang baik untuk menanam tu, namun dia cuma minta supaya saya cuba hayati dan fahami maksud ayat Surah al-(t)Tin. Terasa misteri la pulak kaunselor ni. Tapi, kerana terlalu bersemangat nak tahu, saya pun rujuk la Tafsir Al-Quran, namun saya masih tak dapat jawapannya. Ada kawan-kawan yang tahu pasal petua ni atau apa-apa petua lagi dalam menanam pokok ni? Kalau ada, saya amat berbesar hati jika kawan-kawan dapat kongsikan dengan saya.

 

Kesimpulannya, manusia itu begitu unik dan mempunyai kelebihan serta kekurangan masing-masing. Sentiasalah bersyukur dengan setiap kelebihan yang ada walaupun ianya hanyalah kecil di mata orang lain.

 

Note: Kesimpulan tu macam takde kaitan dengan tajuk je kan..ehe :)

About these ads

19 Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

  1. yup betul tue…ade sorg mbe tue..jgn katekan tanam xtumbuh..sume bnde leh rosak klu die yg jage he…23x

    JuliaNa balas:

    ehe..ye ke??alahai… :)

  2. kalau sape yang tanam tak mau tumbuh tu..
    tangan dia tak jadi..haha
    bole masuk unibersiti balik..
    masuk kos tanaman..
    lepas tu bole la kut..
    heee..
    bagi saya tu adalah skill masing2..
    ada kaitan dengan faktor alam tempat seseorang tu tanam jugak kan..
    ni pendapat saya..
    wallahualam..

    JuliaNa balas:
    Apa yang en mahsyar kata tu betul. Selain skill dan pengetahuan, faktor alam memang penting. Contohnya kawasan yang terlalu redup tak berapa sesuai untuk sesetengah pokok nak bercambah kerana kurangnya cahaya matahari di situ.

  3. gitewww yerrr.. derrr

    JuliaNa balas:
    iyee..begitu la en_me :)

  4. ~ kalau tangan i lak, tangan panas kot… dulu masa kecik-kecik selalu gak menanam. tapi semua tahan sehari jer. pastuh layu… hehehe…. ~

    JuliaNa balas:
    layu???maybe amy tak siram kot?pokok yang baru tanam perlu banyak air, lagi2 kalau tanam dengan biji benih..air perlu untuk percambahan biji benih tersebut.

  5. owhh… ada gak ek hari2nya… hehehe… saya x penah menanam tumbuhan pun. masa kecik2 dulu ada laa… elok je tumbuhan tu tumbuh… hehehe…

    Juliana balas:
    Saya pun baru je tahu hari2 yang bagus untuk menanam tu..wahhh..cik buzzybug ada la bakat dalam berkebun tu..ehe :)

  6. post ni sgt best la..
    sy memg xpernah minat tanam pokok tapi ape yg awk citer kat sini memg berguna la kalo satu hari nanti minat nk menanam pokok 2 ada..

    memg pernah dgr pun org ckp pasal tgn panas n sejuk ni..

    JuliaNa balas:
    Terima kasih callister, saya cuma berkongsi apa yang saya tahu je. Masih terlalu kurang sebenarnya. Harap dapat berkongsi lebih banyak dengan kawan-kawan di sini. Apapun, baguslah kalau berguna untuk awak..ehe.. :)

  7. laa.. saya main tanam je selama ni. patut la ada yg tumbuh, ada yg tak. haha. kena ikut hari gak rupanya. baru saya tau..

    Juliana balas:
    Itulah kan ixora..saya pun selama ni pakai tanam je ikut suka pun hari ape..cuma selalunya saya suka tanam Hari Jumaat..saje nak ambil berkat hari tu..Alhamdulillah..apa yang ditanam menjadi juga.. ;)

  8. http://www.dar-us-salam.com/TheNobleQuran/surah95.html

    Cube ko tgk ayat yg ke 6 tu. Aku rasa kaunselor tu suruh ko percaya dan jgn berputus asa mencuba lagi dan pokok yg ko tanam tu akan menjadi tak kira lah hari ape pun sesungguhnya Allah maha adil.

    P.S : Tu pandangan aku aje. Kalau salah jgn ikut dan campakkan ke dinding.

    JuliaNa balas:
    Mungkin betul apa yang ko kata tu Bob..Thanks la..aku tak berjaya memahami maksud kaunselor tu.

  9. nak tanam pokok pun ada tggu hari yg baik gak ye..baru aku tahu..

    JuliaNa balas:
    Samalah saya chot..baru je tau..tak sangka kan??

  10. out of the topic

    http://belibuy.blogspot.com/2008/10/kuih-raya-x-habis.html

    mmg mak dh warning awal2…sebab tue habis cepat he..23x sedap x makan..rugi je bg kat tetamu

    JuliaNa balas:
    ehee…samalah kite rupanya…time raya je nak rasa biskut raya yang sedap2..dah beli..makan sendiri je la kan.. :D

  11. haha.. kelakar plak tang kesimpulan tu.

    suka tanam pokok. ni kira suka berkebun la. nnt post la plak gambar lanskap taman ye? nak tgk!!

    JuliaNa balas:
    yupp…suka sangat berkebun..cuma sekarang belum serius..sikit2 je..tu pun tempatnya menumpang je..kalau ada rumah sendiri baru best nak berkebun ni. Nak tengok lanskap ye?..ehee..kene la rajin datang melawat ke sini..jangan termiss pulak nanti..ehee.. :P

  12. pop kuiz: bila tarikh hari bumi???

    JuliaNa balas:
    Hari Bumi disambut pada 22 April setiap tahun! yaaayyy..saya dah jawab dengan cemerlang..ada hadiah tak?? ;)

  13. menanam pokok bukan mudah lenih-lebih lagi kalau mengharapkan pokok berbuah. bagus akarnya, bagus batangnya, bagus buahnya. kalimah yang baik juaga begitu, bak kata Allah dalam Ibrahim

    24. Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit

    25. pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat.

    26. Dan perumpamaan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.
    ;-)

  14. ari jumaat kot…………

  15. lgi satu ari jumaat kot…………

  16. Ye ari Jumaat. Arwah bapak mertua aku pun pernah cakap. Lagi cantik kalau biji benih tanaman dalam sebutir dua selepas dah dibersihkan, masukkan dalam kocek atau apa jua bekas dan bawak sekali solat Jumaat. Lepas solat tu campurkan dengan benih-benih yg selebihnya dan mula menanam. Hasilnya insya’Allah menjadi.

  17. bagus gak info n…ada lagi x petuanya…?

  18. Sy pernah tanam pokok jambu air, pokok limau semua berbuah lebat, tp sy tak ingat hari apa masa sy tanam entah…
    pokok bunga pun sy tanam semuanya sihat belaka…

  19. It’s really very complicated in this full of activity life to listen news on TV, therefore I just use world wide web for that purpose,
    and get the hottest information.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com. | The Pool Theme.
Entries dan komen feeds.

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: