Hari Yang Baik Menanam Pokok?
7 Oktober 2008 at 10:14 pm | In Santai | 13 Comments
Pernah tak kawan-kawan dengar, adanya sesetengah orang yang tanam pokok apapun pasti akan tumbuh? Ada juga sesetengah orang tu yang nak tanam pokok, tapi tak boleh nak tumbuh? Dulu, masa kecil, mak saya pun pernah cakap nak tanam pokok ni ikut orang juga. Jika orang tu bertangan panas, pokok yang ditanam susah nak tumbuh. Biasanya kalau orang tu bertangan sejuk, pasti subur pokok yang ditanam. Namun, sampai hari ini, saya tetap tak faham apa maksud tangan panas tu, dan apa pula maksud tangan sejuk tu.
Pernah juga suatu ketika dulu, makcik saya pernah berpesan pada saya. Kalau perempuan, tak elok menanam pokok sewaktu sedang dalam haid. Katanya pokok susah nak tumbuh, dan kalau tumbuh pun tak subur. Pesanan ni sampai sekarang saya ingat, dan memang saya amalkan, walaupun saya tak berapa jelas mengapa sebenarnya. Ada juga yang kata, nak tanam lada jangan ketika marah, nanti ladanya pedas sangat. Macam-macam je petua yang ada kan?
Saya memang suka menanam pokok. Mujur sehingga hari ni, pokok-pokok yang saya tanam menjadi. Mungkin juga saya ni bertangan sejuk kot..ehee…
Sebenarnya, saya cuma tanam pokok-pokok hiasan je. Tapi, pagi tadi, saya mendapat satu lagi petua untuk menanam pokok ni. Petua ini datang dari seorang kaunselor lelaki di tempat saya. Rupanya dia mempunyai minat yang sama seperti saya.
Katanya, nak tanam pokok ni, ada 3 hari yang baik untuk menanam. Hari-hari tersebut ialah Isnin, Rabu dan satu hari lagi dia lupa pula hari apa. Saya pun mendesak la dia supaya ingat satu hari lagi yang baik untuk menanam tu, namun dia cuma minta supaya saya cuba hayati dan fahami maksud ayat Surah al-(t)Tin. Terasa misteri la pulak kaunselor ni. Tapi, kerana terlalu bersemangat nak tahu, saya pun rujuk la Tafsir Al-Quran, namun saya masih tak dapat jawapannya. Ada kawan-kawan yang tahu pasal petua ni atau apa-apa petua lagi dalam menanam pokok ni? Kalau ada, saya amat berbesar hati jika kawan-kawan dapat kongsikan dengan saya.
Kesimpulannya, manusia itu begitu unik dan mempunyai kelebihan serta kekurangan masing-masing. Sentiasalah bersyukur dengan setiap kelebihan yang ada walaupun ianya hanyalah kecil di mata orang lain.
Note: Kesimpulan tu macam takde kaitan dengan tajuk je kan..ehe
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.