~ Seribu Impian ~
23 September 2008 at 9:12 am | In Tagged | 17 Comments
“…Seribu Impian pernah pun kita bina,
Demi masa depan…”
Masih ingat dengan lagu nyanyian Casey tu? Dulu masa zaman-zaman sekolah, lagu ni memang popular kan? Malah ramai juga antara kita yang menjadikan lagu ni sebagai lagu semangat dan lagu tema. Hari ini, saya yakin ramai di antara kawan-kawan saya yang sedang membaca ini telah pun berjaya mencapai impian masing-masing. Kalau belum pun, mesti sipi-sipi lagi nak mencapainya kan? Tahniah buat kawan-kawan!! Yang belum dan sipi-sipi lagi macam saya ni, jom kita kerja keras untuk mencapai apa jua yang kita impikan. Bak kata si Aleeya dalam Siri Impian tu.. “Apapun halangan kawan-kawan, Just Go For It, OK!!”.
Setuju tak kalau saya kata, sebenarnya sepanjang hidup kita ni, tetap ada sahaja impian atau cita-cita yang kita nak capai. Tanpanya, mesti tak best kan hidup kita. Contohnya, kalau dulu masa sekolah, kita nak masuk universiti. Pastu dah berjaya masuk, kita mesti ada cita-cita nak tamatkan pengajian dengan cemerlang supaya senang dapat kerja suatu hari nanti. Bila dah ada kerja, kita akan fikir nak berumah tangga pula, dan macam-macam lagi la. Makanya, setiap awal tahun kita tentu akan menetapkan azam yang perlu dicapai kan? Jadi, bagaimana dengan cita-cita, azam dan matlamat kawan-kawan tahun ni? Dah tercapai?.
Sebenarnya, saya telah diberi hadiah oleh Najib dari blog Perfectexcel untuk menjawab satu soalan tag yang berbunyi :
Adakah semua cita-cita dalam tahun ini tercapai?
Apakah perancangan Julai sehingga akhir tahun ini?
Sejujurnya, soalan ini tidaklah susah untuk saya menjawabnya memandangkan ada beberapa matlamat besar dan kecil telah saya tetapkan untuk tahun ini. Cumanya, kebanyakan matlamat tersebut adalah terlalu peribadi untuk dikongsikan. Namun, saya akan kongsikan la juga beberapa yang tak terlalu peribadi tu ye.
Cita-cita/azam/matlamat tahun ini:
1. Saya ada tiga matlamat besar tahun ni, satu daripadanya telah gagal dengan teruknya pada bulan lepas. Sangat menyedihkan. Memang bukan untuk saya. Saya redha.
Dua lagi sedang dalam perjalanan.
2. Membaca bahan ilmiah/bukan fiksyen seminggu sebuah buku – Saya memang minat membaca. Namun, sebelum ni, saya lebih banyak membaca novel atau majalah berbanding bahan ilmiah/bukan fiksyen. Jadi tahun ini, saya tetapkan matlamat, seminggu saya perlu wajibkan diri saya menghabiskan satu bahan bacaan berbentuk ilmiah ini. Alhamdulillah, saya berjaya lakukan, malah kadang-kadang bila terlalu seronok membaca tu, seminggu pun boleh habis beberapa buah buku sekaligus.
3. Bersenam seminggu sekali – Selepas habis sekolah menengah, saya adalah orang yang paling malas bersenam. Kali terakhir saya bersenam adalah pada tahun kedua saya di KUSTEM, itupun sebab saya terlibat dengan Silat Cekak Ustaz Hanafi. Pastu, masuk tahun ketiga dan sehingga tahun lepas, sangat-sangat la jarang saya bersenam. Tahun ni saya wajibkan diri saya, seminggu sekali saya perlu berjoging, Mujur juga ada taman rekreasi berhampiran dengan rumah. So, bersemangat jugak nak berjoging. Kadang-kadang saya pergi bersama anak-anak saudara sekali, lagilah seronok.
4. Balik kampung sebulan sekali – Sebelum tahun ni, saya cuma balik kampung bila ada urusan atau dah rindu sangat dengan mak. Tapi tahun ni, saya wajibkan diri saya, sebulan sekali mesti balik lawat mak kat kampung. Saya rasa, masa bujang nilah kita boleh habiskan banyak masa bersama mak. Saya pun tak tahu akan bertemu jodoh dengan oang mana, jauh ke dekat, dan akan duduk di mana selepas tu. Manalah tahu, dah kahwin nanti, ntah-ntah cuma dapat balik kampung bila raya je?. Jadi, masa nilah saya perlu gunakan sebaik mungkin untuk bersama mak tercinta.
5. Menabung sehari RM1 – Kalau dulu, saya cuma menabung duit syiling tapi tahun ni saya amalkan menabung sehari RM1. Moga-moga yang sikit ni, lama-lama boleh la jadi bukit suatu hari nanti hendaknya.
Perancangan Julai sehingga akhir tahun.
Perancangan utama saya, habiskan beberapa lagi kajian makmal yang masih tak dapat diselesaikan dan siapkan analisis data dalam penulisan tesis saya..itu sahaja matlamat yang patut diutamakan sekarang!!
Note : Saya tak bercadang nak hadiahkan tag ni kepada sesiapa, tetapi jika ada yang nak buat dan kongsikan bersama, amat dialu-alukan.
17 komen »
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback
Tinggalkan komen
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.
saya suka taniat menabung sehari RM1. kalau didisiplinkan diri, memang punya manafaat yg besar. lagipun satu hari RM1 bukan sesuatu yg membebankan bukan?
Komen oleh aeropama dot com — 23 September 2008 #
ah ye menabung rm1 sehari… elok2..
tapi kle perbelanjaan dah rm 23 sehari macamane la nak jadi bukit…
bukan setakat bukit tu ditarah malah klu tabung tu laku pun habis dah kena jual…
Komen oleh m najib a rauf — 23 September 2008 #
bersenam, jangan tak bersenam, baik untuk kesehatan.. majulah sukan untuk negara.. kannns
Komen oleh en_me — 23 September 2008 #
1. syam — yup…so far tak la membebankan..just hari2 amek RM1 then masuk kat tabung sebelum tido..
2. M Najib — Saya akan tabung RM1 tu sebelum saya tido setiap malam. Sebenarnya bukit tu perumpamaan je, memang la tak mampu pun duit tu jadi bukit. En M Najib dah cuba ke?? eheee..
emmm..kenapa nama ni cam familiar je masa sekolah dulu, student sakti ke dulu?
Komen oleh JuliaNa — 23 September 2008 #
en_me — jom kite bersenam…cumanya saya bukan bersenam untuk masuk acara sukan..ehee..
Komen oleh JuliaNa — 23 September 2008 #
betul tu..
saya rasa tak pernah puas hati dengan apa yang saya usahakan selama ni..tp apa2pun tetap bersyukur la
jom bersenam..lalala
Komen oleh mahsyar90 — 23 September 2008 #
~ bagusnya dia menabung rm1 sehari. amy lak, rm100 permonth. nak tak nak, rm100 tuh akan ditolak terus masuk akaun saving. akaun tuh mmg tak leh nak withdraw sehingga lah berumur 53 tahun nanti. so, saving yg nih as my 2nd epf. ~
Komen oleh ~mizzamy ~ — 23 September 2008 #
mahsyar — Itu tandanya awak adalah seorang yang suka kemajuan dalam hidup!!
. Jom..tapi bulan puasa ni saya tak bersenam langsung pun.
mizzamy — Awak dah keje, bolehlah menyimpan banyak sikit tiap2 bulan…uhuu.. Okla tu, simpanan masa hadapan kan.
Komen oleh JuliaNa — 23 September 2008 #
huhu.. banyak impian menteil yang tak tercapai lagi..
perlukan masa yang banyak…
erm.. masih lagi menabung dengan syiling.. bukan kertas.. hehe
Komen oleh menteil — 23 September 2008 #
inspiring song by Casey. masih ingat sampai sekarang.
wooww!! sungguh teratur your life. ada perancangan.
azam saya tiap tahun sama je. nak pi jalan2… hahahha…
Komen oleh buzzybug — 23 September 2008 #
bila saya baca entri ni saya rs hidup saya directionless pulak..
ada matlamat tapi saya tak focus dan buatkan perjalanan saya lintang pukang. and bila ada benda baru datang, saya cepat ter-distracted.. semua benda saya nak, and semua benda saya nak jadi. ya allah, tak matang langsung..
saya ni umpama yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran pulak..
Komen oleh nono — 23 September 2008 #
Hidup yg ada fokus dan terancang, kadang² boleh tergelincir juga tetapi sekurang²nya sudah berusaha.
No# 2 tu..entah bila nak senam..hari² senam jari je dengan keyboard..hehehe
Komen oleh Kujie — 23 September 2008 #
dari kecil kita bertatih,tadika,sekolah rendah, sekolah menengah, IPT & sampailah ke hari ini.Memang tak sangka kita boleh ke tahap ni.Syukur pd Tuhan..Kadang2 kita teringat zaman kecil kita,agak2 nakal, tak dengar cakap mak ayah, lari sana, lari sini, balik lewat senja, kena marah & sebagainya..Manisnya kenangan tu.Buat kita tersenyum keseorangan…
Komen oleh shinja — 24 September 2008 #
matlamat mmg byk, lepas satu pergi..datang lagi satu..dan setiap hati pun akan ade matlamat baru..dan matlamat saya pada hari ini adalah mendapatkan result distinction untuk paper Law and Practice of Meeting pada bulan dis ni..
Komen oleh Mohd Hafifi — 24 September 2008 #
Jom menabung!! hehehehe
Komen oleh Adry — 24 September 2008 #
2. Membaca bahan ilmiah/bukan fiksyen seminggu sebuah buku
~ 2 jenis kitab yg aku kene master skang ni pun dah 6 bulan baca aku tak abis. API code book ade 2 buku. ASME code book ade 8. Skang ni API aku baru abis baca sebijik, ASME baru satu chapter. Nampak gaya nye mmg 10 thn lagi pun belum tentu aku master menatang ni.
3. Bersenam seminggu sekali
~ meh sini keje kat tpt aku jd buruh kasar. Tak yah sibuk2 nak bersenam lagi dah.
4. Balik kampung sebulan sekali
~ hahaha padan muka sape suruh dok jauh2.
5. Menabung sehari RM1
~ Sehari RM1. Seminggu RM7. Sebulan RM31. Setahun RM366. Nak kawen sekurang2 nye nak RM20000. Nasib baik lah ko tu pompuan, kalau lelaki maknanye 55 tahun lagi lah ko kawin. Masa tu umur dah 80.
Komen oleh ayul — 24 September 2008 #
Ayul:
2. Teruskan membaca walaupun 10 tahun lagi!!
3. Buruh kasar??ohh tidak!!
4. elehhh..taulah ko duk ngan mak!!
5. Rajinnye ko kire erk!!
Komen oleh JuliaNa — 24 September 2008 #