~ antara ayam percik, kuih tako dan martabak ~
21 September 2008 at 10:07 pm | In Motivasi, ~ S.A.Y.A ~ | 19 Comments
Petang tadi saya ke bazar Ramadhan berhampiran rumah abang saya. Sebenarnya, saya dah berjanji dengan anak saudara saya yang berumur 5 tahun tu. Jika dia berjaya puasa penuh sepanjang minggu ni, saya akan belikan apa sahaja yang dia nak makan. Maklumlah, budak-budak baru nak belajar puasa. Kenelah sokong 100% kan.
Hari ni dia minta saya belanjanya ayam percik. Emm…boleh tahan juga selera anak saudara saya ni, saya ingatkan dia nak minta McD atau KFC tadi. Maka, seawal jam 5 petang lagi saya dah keluar, mengelakkan kesesakan dan yang penting adalah peluang untuk saya menghayati suasana bazar Ramadhan tersebut.
Satu tabiat saya bila ke tempat begini ialah lebih suka melihat orang yang menjual berbanding apa yang di jual. Jika penjual mesra dan tersenyum, saya akan singgah untuk lihat apa yang di jual. Lagi satu, kalau gerai tu menjadi tumpuan orang ramai, saya pun sibuk2 meramaikan suasana juga. Mesti apa yang dijual tu menarik, kalau tak, takkan ramai orang yang datang, sampai sanggup beratur lagi tu..termasuklah saya sekali ni…ehe..
Sedang saya berjalan-jalan sambil melihat telatah penjual, saya terperasan seorang kawan saya juga turut menjual di bazar tersebut. Sebenarnya, dia adalah seorang kakak yang sama2 terlibat dengan saya dalam perniagaan MLM. Jadi, saya pun singgah untuk menegur dia. Dia menjual kuih popia dan juga kuih tako. Sebenarnya, saya tak la rapat sangat dengan dia, cuma kenal gitu2 je. Nak berborak panjang pun, dia sibuk melayan pelanggan, jadi saya pun bercadang membeli popianya sahaja. Tapi bila saya nak bayar, dia tak mahu terima pula, malah dia bagi lagi 6 ketul kuih tako kat saya. Sambil tu sempat berpesan yang kuih takonya tu popular, itu yang dia suruh saya cuba.
Kemudiannya, saya terus berjalan-jalan lagi, dan sekali lagi saya terjumpa sepasang suami isteri yang amat saya kenali sedang menjual martabak. Sebenarnya, pada hari biasa, pasangan tersebut menjual pisang goreng. Pisang goreng mereka memang istimewa dan lain dari yang lain. Bila waktu petang, saya kerap singgah di gerainya, boleh dikatakan pelanggan tetap la. Niat asal untuk menegur mereka sahaja, tak bercadang nak beli martabak tersebut memandangkan dah ada ayam percik, popia dan kuih tako. Tapi tak sangka, walaupun sibuk melayan pelanggan yang tak putus-putus tiba, sempat pulak si isteri menghulur 2 keping martabak kepada saya. Sekali lagi ianya percuma.
Saya dah cuba kuih tako kakak tu. Memang sedap, abang saya pun sampai minta saya belikan lagi esok. Martabak tu pun boleh tahan dan banyak dagingnya. Terfikir pula saya, kenapalah baru sekarang saya tahu yang mereka tu berniaga di bazar Ramadhan tersebut..hehe..
Kesimpulannya:
-
Saya amat kagum dengan mereka. Mereka adalah peniaga yang bukan hanya mementingkan keuntungan semata-mata, tetapi turut mengambil berat kualiti dan kepuasan pengguna. Mungkin rezeki saya dapat percuma kerana kebetulannya saya mengenali mereka. Namun, saya dapati jualan mereka agak laris walaupun kakak tu sekadar menjual 2 jenis kuih, manakala pasangan suami isteri tu menjual martabak sahaja.
-
Sebenarnya, saya agak malu menerima pemberian mereka. Maklumlah, peniaga macam mereka sudah tentu menunggu saat-saat Ramadhan ni untuk memperoleh keuntungan yang berlipat-lipat ganda. Tapi, kalau mereka dah beria-ia nak bagi, saya pun tak sanggup nak menolaknya. Mana sangka, niat nak beli ayam percik sahaja, tapi dapat popia, kuih tako dan martabak sekali…dengan percuma pula tu. Bak kata pujangga, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Tak gitu?
-
Rajin-rajinlah menegur jika terserempak dengan orang yang kita kenali. Mungkin ada rezeki tersirat yang ALLAH nak beri pada kita melalui mereka. Siapa tahu kan?.
19 komen »
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback
Tinggalkan komen
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.
betol2 jangan berat nak tegur orang.. mana tau diorang “god-sent” ke.
Komen oleh nono — 21 September 2008 #
wah.. seronok skali dapat makanan2 free.
em agak terkilan la kenapa la murtabak kat Penang ni tak macam dkat KL. tak puas rasanye nak makan..
nanti da balik KL, first thing mmg nk bli murtabak la utk berbuka.. hehe
Komen oleh myadlan — 21 September 2008 #
betui tu jue…bila peniaga nya ramah dan baik ati… kita mesti akan beli kt ctu… klu menyombong jer, mmg tak jadi nk beli… huhuh… sedapnya martabak… kt kg fiza ada satu tmpt abang selalu beli martabak kt dia…urm…sedap…
Komen oleh fiza — 22 September 2008 #
ayam percik!!
peberet ku di bulan puasa..
betul la tu..
kalau servis ok, pelanggan pon suke n nak datang lagi..
Komen oleh menteil — 22 September 2008 #
cam ni kena tegur orang slalu ni.. hahahaha
best best
Adry @ http://www.adrysabry.com
Komen oleh Adry — 22 September 2008 #
~ ayam percik? sedapnya… teringin nak makan ayam percik yg my mum buat. ~
Komen oleh ~ mizzamy ~ — 22 September 2008 #
owh! syukur. nampaknya budaya memberi & bertukar2 juadah masih lagi ada di kalangan orang melayu. indahnya…
Komen oleh aeropama dot com — 22 September 2008 #
Tabiat anda membeli sama dengan saya. Saya lebih suka melihat penjualnya. Mesra atau tidak. Dan hangin jika penjual sangat poyo.
Sebenarnya orang Melayu paling untung jika jual makanan. Semua bangsa beli. Tapi tak mahu ambik kesempatan itu. Jual ala kadar, produk tak berkualiti, servis hancur.
kita kena banyak belajar dengan bangsa lain terutama bangsa Cina yang berjaya dalam arena perniagaan
Komen oleh Bayan — 22 September 2008 #
ayam percik ngan murtabak! bestnya!!
Komen oleh t.a.t.a — 22 September 2008 #
teringat dulu mase kami sekeluarga berniaga air di bazar ramadan. semangat kejiranan gerai memang kuat. manetaknye kalau waktu berbuka memang tak perlu beli makanan sebab setiap peniaga di situ akan buat sistem barter. seronok.
Komen oleh qdetactive — 22 September 2008 #
murah rezekinya.. bertuah betul. saya tak pulak kenal mana-mana peniaga kat bazar ramadhan tu. huu..
Komen oleh !x0r@ — 22 September 2008 #
saya jarang pi pasar ramadhan… sama gak… tgk penjual. kalo mesra, saya beli. kalo nak tak nak layan. saya pun malas nak beli.
Komen oleh buzzybug — 22 September 2008 #
dh lama tak mkn ayam percik, hehehe…
Komen oleh hazri87 — 22 September 2008 #
betul 2,saya kagum dgn mereka yg tidk sekadar menjual kerana keuntungan..
kalo yg menjual tp lebih pentingkan keuntungan, dah pulak 2, makanan 2 xsedap..
rajin je mulut sy nak mengata,xke dpt dosa kat situ..
Komen oleh callister — 22 September 2008 #
beri satu dapat sepuluh !
atau
5% must be reserved for give-back
agar murah rezeki
Komen oleh penawaralami — 23 September 2008 #
Kuih tako tu apa…? Ihik… (malu2)
Komen oleh Hani El Zahra — 23 September 2008 #
sekarang sudah ada kedai runcit sendiri, maka kiranya tak dapatlah lagi berniaga diluar.
Komen oleh qdetactive — 24 September 2008 #
JuliaNa :
tak selalu masak pun… balik keja lambat x sempat nak pi pasar ramadhan… huhu…
Komen oleh buzzybug — 24 September 2008 #
betul. aku pun selalu dapat kuih free dulu. diorang memang jenis tak lokek bab2 gini..
Komen oleh tivitune — 26 September 2008 #