~ Surprise!! ~
20 Ogos 2008 at 11:03 pm | In Santai | 17 CommentsHari ini saya ada satu permainan untuk kawan-kawan. Saya dapat permainan ni daripada blog sahabat saya Najib & Ain. Permainan ini menguji kemahiran berfikir anda dan bagaimana membuat keputusan.
Kepada sesiapa yang belum pernah mencuba atau sudah lupa tentangnya, cubalah!
(Saya link kan ke blog Najib & Ain kerana saya tak dapat memasukkan file excel ke dalam wordpress ini, siapa tahu bagaimana caranya, sudilah beri tunjuk ajar ye..
)
Untuk pengetahuan semua, saya ada HADIAH MISTERI kepada 3 orang yang terawal menjawab permainan ini. Syarat-syaratnya:
- Apabila anda sudah berjaya menjawab permainan ini, sila beri komen di ruangan komen yang menyatakan anda telah berjaya.
- Kemudian, segera emailkan pada saya setiap langkah yang anda gunakan untuk menyelesaikan permainan ini. Tujuannya, saya akan menguji langkah tersebut untuk membuktikan yang anda benar-benar berjaya membuatnya. Ini email saya julianakarso@gmail.com
- 3 komen dan email yang terawal saya akan pilih untuk memenangi HADIAH MISTERI daripada saya. Ini juga sebagai tanda terima kasih saya kepada kawan-kawan yang sudi melawat blog saya ini dan sentiasa memberi komen-komen untuk manfaat bersama. Saya sayangkan anda semua.
- Tiada tarikh tutup untuk permainan ini, siapa cepat dia dapat!
Ok, cepat-cepat la jawab permainan ini ye, Selamat memerah otak!;)
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.
