Calm seas never make skillful sailors
8 Julai 2008 at 6:34 pm | In ~ S.A.Y.A ~ | 11 CommentsEntri kali ni mungkin agak emosional. Namun, bukanlah niat saya untuk berkongsi kisah peribadi saya di blog ni. Tapi, saya nak kongsikan pengajaran yang telah saya perolehi daripadanya.
Beberapa minggu lepas, kesabaran dan keikhlasan saya terhadap “sesuatu” telah diujiNYA. Saya betul2 down, hilang semangat, putus asa dan yang paling teruk saya nyaris membuat keputusan yang tak adil untuk diri saya dan orang lain juga. Tapi, mujur juga masa tu, kewarasan dan kerasionalan saya masih ada, so saya buat keputusan untuk melarikan diri bercuti beberapa minggu di kampung. Selain untuk muhasabah diri, saya harap dapat bertenang dan membuat keputusan yang lebih elok.
Beberapa pengajaran yang telah saya pelajari:
-
Ambillah masa untuk bertenang. Jangan membuat keputusan dalam keadaan marah dan fikiran yang kucar-kacir
-
Jika ada masalah yang berat, saya jarang nak cerita pada mak saya. Bukannya apa, cuma saya tak sampai hati nak membebaninya, cukuplah susah payahnya membesarkan kami 5 beradik selepas bapak meninggal, itulah yang selalu saya fikirkan. Rupanya saya sangat silap disitu, naluri ibu tu sangat kuat, kongsilah apa jua perkara dengannya kerana dialah yang paling mengenali kita. Walaupun dia tak dapat membantu secara fizikal mahupun material, doa dan restunyalah bantuan paling berharga. Berkat doanya, mungkin urusan yang sukar akan dipermudahkan. Terima kasih mak, tanpa mak siapalah saya hari ini.
-
Waktu sedih, carilah kawan-kawan yang boleh menceriakan dan boleh memberikan nasihat yang bernas. Terima kasih buat kawan-kawan yang menyokong dan yakin dengan saya. Hanya ALLAH yang mampu membalas jasa kalian.
-
Kurangkan bebanan tekanan dengan membuat sesuatu yang kita suka dan kita puas bila melakukannya. Masa ni, saya ke JB bercuti sambil “berbisnes”. Saya rasa puas dapat berkongsi kebaikan produk yang saya jual dengan orang lain. Pada masa yang sama, saya dapat ronda2 sampai tersesat kat JB tu..ahaaa(memalukan untuk seorang yang berasal dari johor)..:D
-
Jangan putus asa untuk terus berdoa pada ALLAH, hanya DIA yang mengetahui setiap yang baik dan buruk untuk kita.
-
Dan pengajaran yang paling utama, jujur dengan diri sendiri, kerana sangat sakit sebenarnya bila kita menipu diri sendiri.
Saya nak share ngan kawan-kawan satu gambar menarik yang saya jumpa di photobucket:
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.
