Tupperware vs Polystyrene
11 Jun 2008 at 11:28 pm | In Santai | 16 CommentsSalah satu tips untuk menjaga dan memulihara alam sekitar yang pernah saya senaraikan sebelum ini dalam post bertajuk Bumi Pasti Rancak, ialah dengan menggantikan polystyrene dengan tupperware bila kita membeli makanan. Buat kawan-kawan yang membawa bekal sendiri dari rumah, saya ucapkan tahniah kerana kawan-kawan dah mengambil langkah bijak, bukan saja dapat jimat tapi menjaga alam sekitar lagi. So, bagi kita yang selalu atau sesekali beli makanan kat kedai tu, apa kata mulai hari ni kita bawa tupperware je dari rumah.
Kat bawah ni, saya senaraikan beberapa keburukan polystyrene:
-
Jika makanan disimpan dalam plystyrene pada tempoh yang lama, bahan kimia toksik yang terkandung dalam polystyrene tersebut akan masuk ke dalam makanan, dan semestinya membahayakan kesihatan kita kelak.
-
Polystyrene adalah bahan yang tidak boleh mereput, cuma akan hancur menjadi cebisan kecil. Ini tak bagus untuk alam sekitar. Bayangkan bila benda ni hancur dan masuk ke dalam sungai, tasik atau padang rumput, bahan kimia dalam polystyerin ni sudah tentu akan mencemarkan persekitaran tempat tu. Pastu, binatang-binatang yang makan rumput dan ikan-ikan yang dalam sungai dengan tak sengaja akan termakan bahan toksik ni juga. Lepas tu kita pulak yang makan binatang-binatang tu, kita pun akan dapat toksik polystyrene tu.
-
Kos untuk recycle polystyrene sangat mahal, malah lebih mahal daripada menghasilkan yang baru. Rugi la kan.
Demi menyokong usaha menjaga alam sekitar, mulai minggu ni, saya dah bawak tupperware bila nak beli makanan. Atas request cik t.a.t.a juga, saya letakkan gambar sebagai bukti. Saya sudah dan akan teruskan, kawan-kawan bila lagi?

Nasi + tauhu sambal + kobis masak lemak + kacang botor tumis berlada = RM 2.40
16 komen »
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback
Tinggalkan komen
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.
Hai… sy dtg jengah ke sini… really good idea. alamak sodapnya…
nak add link oke. thanks jengah2 blog fieza
haii fieza, ok link awak pun saya dah letak, thanks jugak!!:)
Komen oleh fieza — 12 Jun 2008 #
aah..betul jugak ye..
so, leh la wat pasni..ehe..:D
Komen oleh mahsyar90 — 12 Jun 2008 #
bagus2…masih ada lagi aktivis alam sekitar di malaysia ni. walaupun sekarang tgh rancak dengan pemusnahan alam sekitar di cameron highland.
respek2 beli makanan siap bawak tupperware. saya tak bawak tupperware sbb sy makan pakai daun pisang saja
———————————–
syam @ http://aeropama.blogspot.com
saya cuma menyokong yang semampunya, memang sedih dengan pemusnahan alam sekitar.
eheee..suka makan kat kedai mamak ke?:D
Komen oleh syam — 12 Jun 2008 #
ngap ngup ngap ngup…nak lagi jimat..bawak set buffet..leh makan satu opis macam makan kat surau dalam dulang..ekekeke
yeyee..sepakat membawa berkat!
Komen oleh lydiarayyan — 12 Jun 2008 #
Slm juliana,
waaa, bawa bekal ek..emm, sbnrnya sy mmg bawa bekal dah lama dulu..:) mak slalu dah sediakan even slalu ckp ngan dia tak payah,hehe..tapi bukanlah bekal nasi, sarapan je sbb sy jarang sarapan..:) 6:30 pagi dah kuar pi kerja..
Tapi kan wak tupperware mahallah,hehe..cuma warranty dia tu mmg seumur hiduplah dan barang berkualiti sangat..penah beli untuk mak beberapa tahun lepas..skrg masih masih macam baru lagi je..:)
Salam en acai..jelesnye ngan en acai, mak bekalkan sarap g keje…saya ada gak, tapi masa sekolah rendah dulu..pastu time bunyi loceng rehat je, lari2 sambil bawak bekal nak rebut pokok..best makan bawah pokok ngan kengkawan..ehe
jangan la salah faham, tak semestinya pakai yang jenama tupperware, mangkuk saya tu murah je, janji leh isi makanan.
Komen oleh acai — 12 Jun 2008 #
sy sokong…
ape2, pon, tupperware ni reusable, x mcm polystyrene…
teruskan usaha anda!!
ok aisha, TQ..jom la join sekali!!:D
Komen oleh aisha — 12 Jun 2008 #
tuppurware best. tp nak bawak g ostel jd takut. mahal tu.. hehe
alalalaaaaa..tupperware kat sini tak semestinya jenama tupperware yang mahal tu, mangkuk plastik biasa je akak pakai tu..
Komen oleh ika — 14 Jun 2008 #
tupperware..cilap2
takpe…maseh boleh difahami..ehe..:D
Komen oleh ika — 14 Jun 2008 #
ika kena wat pembetulan ejaan 10x la.. hahah
waahh bagus! bagus! talked the talk and walked the walk.
still single ehh… heh heh heh
ehhh..kenapa cik t.a.t.a tanya saya masih single?nape ada calon untuk saya ke???:D..saya single & available lagi…uhuuuu..
Komen oleh t.a.t.a — 14 Jun 2008 #
Ehh dah isi dlm tupperware tu apa kata pos terus kat pejabat kita ni haa. Dapat jugak rasa kan.. ahaksss…
takleh nak pos, pejabat pos penuh, ramai orang tuntut rebat ganti subsidi minyak tu..
Komen oleh t.a.t.a — 14 Jun 2008 #
Heemmm… nice post… tp rasanya ada ker yang nak bawa tupperware pg kedai mamak pastu cakap tapau mee goreng… letak dalam ni yerr… mmmmm ntahla… slalunya orang ni nak ambik mudah jerr…
hendak seribu daya kan en adry??
Komen oleh Adry — 15 Jun 2008 #
biler akak nak wat tupperware party nih.. ekeke
Komen oleh en_me — 16 Jun 2008 #
setuju.. lagipun polysterene boleh bahayakan kesihatan.. betul juga.. guna tupperware = jaga alam sekitar + kurangkan kos
info yang berguna. terima kasih.
Komen oleh nasrul — 16 Jun 2008 #
en_me —> setiap hari pun buat..jom la join sekali!!!yeehaaa..:D
nasrul —> sama2, terima kasih juga sudi singgah di blog ini.
Komen oleh JuliaNa — 18 Jun 2008 #
gua bangga dengan lu..bila la gua bole jadi mcm lu..syabas..
Komen oleh si tikus kampung — 14 Julai 2008 #
betoi2…gune tupperware lg bagus..x rugi…leh gune tiap2 hari..hihi..=D
Komen oleh mieja_88 — 15 September 2008 #