Si Gadis Kaunter
11 Jun 2008 at 12:14 am | In Yang Pelik Yang Jelik, ~ S.A.Y.A ~ | 13 CommentsSaya merupakan pengguna talian pascabayar. Bulan lepas, kerana terlalu sibuk, saya membayar bil saya betul2 pada tarikh akhirnya. Kebetulan waktu saya datang untuk membayar, sistemnya down. Jadi, saya diberikan resit membuktikan pembayaran telah di buat secara manual. Sebenarnya, walaupun dalam zaman yang serba canggih ni membolehkan pembayaran bil secara online je, tapi jika keadaan mengizinkan, saya masih suka cara yang lama. Saya suka berurusan di kaunter, saya suka berurusan 4 mata dengan orang, banyak yang saya boleh belajar (contohnya kisah yang saya nak cerita ni), asalkan saya tak perlu beratur panjang la sehingga membuang masa saya pulak.
Tapi, sabtu lepas, tiba2 akaun phone saya diblok tanpa notis dan memandangkan pusat bayaran tak dibuka, terpaksa la saya tunggu hingga ke Isnin untuk saya tanya apa yang tak kena. Bila saya datang pada hari Isnin, saya memakai seluar jeans dan blouse serta sandal je. Sampai je di kaunter bayaran, saya disambut oleh seorang perempuan muda yang saya yakin lebih muda dari saya. Saya yakin dia pekerja baru kerana saya cam semua pekerja kat pusat tu. Jelas dia tak mesra orangnya.
Gadis Kaunter: Ye Dik, nak ape?
Saya : emmm…saya nak tanya, kenapa phone saya kene blok? Saya dah bayar bil saya bulan lepas.
Gadis Kaunter : Nombor?
Saya : 01********
Gadis Kaunter : Rekod kami kata awak tak bayar lagi, betul ke dah bayar ni?
Saya : Dah..ni resitnya (mujur saya simpan semua resit bayaran bil)
Sekali lalu dia memandang resit tu dengan wajahnya yang masam.
Gadis Kaunter : emm…ok, pukul 4 atau 5 pm saya call.
Saya : Ok, terima kasih.
Namun sehingga jam 6 petang, tiada call, bila saya call pusat tu (menggunakan phone kawan saya) tidak diangkat. Kebetulan saya tak sempat nak ke sana. Jadi, terpaksa la saya datang esok je.
Hari Selasa saya datang dengan memakai baju kurung, berbeg tangan dan memakai kasut tinggi. Setibanya di kaunter saya disambut oleh gadis yang sama seperti semalam. Mulanya nak tanya terus kenapa dia tak call dan settlekan problem saya, tapi saya sengaja tak nak buat camtu. Sampai je kat kaunter:
Gadis Kaunter : Selamat datang Puan, boleh saya bantu?
Saya terkejut sebenarnya masa tu, tapi try cool je..semalam punya la masam, hari ni siap panggil saya Puan lagi…tapi saya tak kahwin lagi yeee..takpe la tu..:D
Saya : Saya ada masalah, phone saya diblok, tapi saya dah bayar bil..(saya story balik untuk ingatkan dia, tapi dia macam tak ingat je, ataupun dia tak cam saya kot)
Gadis kaunter: Ok, biar saya check…..emmm..tiada rekod bayaran untuk bulan lepas dalam akaun Puan ni? Puan pasti sudah membayarnya?
Saya : Dah, ini resitnya, haritu masa datang sistem down. Jadi buat bayaran manual, mungkin terlupa dimasukkan rekodnya.
Gadis Kaunter : Oh, minta maaf puan, boleh saya minta resit tu kejap untuk difotostat….dalam masa 5 minit lagi akaun puan akan ok.
Saya : Ok, terima kasih.
Apa yang saya boleh katakan:
-
Jangan lewat bayar bil & simpan semua resit bayaran.
-
Rupanya masalah saya tu cuma 5 minit je leh settle, tak faham saya kenapa pada hari Isnin Gadis Kaunter tu tak buat apa yang dibuat pada hari Selasa. Musykil!!..musykil!!
-
Pakaian memberikan impak besar dalam urusan sesama manusia, saya dipanggil “adik” oleh orang yang lebih muda dari saya (walaupun saya tak kisah sangat pasal ni, memang saya kecik pun, dah biasa..ehee..) dan dilayan acuh tak acuh kerana saya memakai pakaian yang sempoi2 je, tapi lain pula layanannya bila saya pakai yang agak formal.
-
Walau siapa pun atau bagaimanapun rupa pelanggan kita, jika urusan di kaunter kene la mesra pelanggan kan…Customer is a KING!!
-
Pandai Gadis Kaunter tu berlakon.
13 komen »
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback
Tinggalkan komen
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.
situasi yg lebih kurang sama terjadi masa saya ngn kwn2 pegi mkn kt pizza hut. mentang2 la kami pakai biasa2 je (jeans & tshirt), order kami smpi lewat sedangkn pelanggan lain yg dtg kemudian dpt dulu order. pelanggan yg dpt dulu tu staf ofis..
huh,tak adil~~!
Komen oleh ixora — 11 Jun 2008 #
“pada hari Isnin Gadis Kaunter tu tak buat apa” sebab gadis kaunter ittewww lampu merah kottt.. ekeke
Komen oleh en_me — 11 Jun 2008 #
itu namanya the power of first impression. kalau anda mahu nampak macam jutawan, pakai macam jutawan dan bergaul dgn jutawan. kalau anada mahu nmpak macm cendiakawan, bawalah buku ke hulu ke hilir dan rajin2 pergi ke perpustakaan.
Komen oleh syam — 11 Jun 2008 #
hehehe… bias di situ…
Komen oleh fieza — 11 Jun 2008 #
saya ni kalau pakai jeans and t-shirt orang akan kata saya macam budak form 3 dan kebawah. ni kalau orang yang tak kenal saya la hehe
masa saya pegi mcD dan pakai baju kurung n heel,yang kerja kaunter tu tanya “kak nak order ape?” oh! sadisnya. adakah saya nampak tua dengan memakai baju kurung
so,saya lagi suka orang panggil saya budak form 3 ke bawah (awet muda sket)=P
Komen oleh ika — 11 Jun 2008 #
ixora –> a’ah..tak adil kan..kan..
en_me –> amvoiiiii en_me itu…tapi dia layan mamat yang berkemeja dan hensem sebelum saya ok je..uhuu
syam –> saya prefer tak bergaya tapi bahagia dan ceria..hakikatnya saya memang tak reti bergaya..uwaaaa..
fieza –> betol!!
ika –> eheeee..awak memang comel…bagi akak tak kesah orang nak panggil apa, tapi layanan kene la sama kan…;)
Komen oleh JuliaNa — 11 Jun 2008 #
yup, memang pakaian tu penting..ia menggambarkan imej seseorang tu:) tapi sypun tak kisah kalau dipanggil adik gak,hehe..sy penah duduk kaunter..mmg tak ingat orang sangat yg datang sbb sehari terpaksa melayan ratusan pelanggan..:)
waahhhhh..sehari sampai ratusan? harap2 en acai senyum selalu masa bekerja ye..:)
Komen oleh acai — 12 Jun 2008 #
Isnin? black monday kot!
tapi apa pun si gadis kaunter tak leh wat camtu. dia dah tau dia berurusan dgn pelanggan jadi semua masalah ke apa ke kena tolak tepi la. tak leh itu macam.
betul tu..harap2 kite tak wat cam dia kan..kan..
Komen oleh t.a.t.a — 14 Jun 2008 #
acai bos:
saya pun duduk kaunter gak jumpa ngan org. tapi tak lah beratus cuma berpuluh je, tapi alhamdulillah kalau org tu dtg kali ke 2 dan seterusnya insyaAllah ingat!
wahhh..daya ingatan cik t.a.t.a memang kuat..:D
Komen oleh t.a.t.a — 14 Jun 2008 #
Ehh lupa nak tanya, awat cik jul tak bayar guna online atau maybank2u? lagi senang tau. tak yah nak hadapi sikap mcm cik gadis tu. tak pepasal ngan kita skali jadi moody sbb dia.
Komen oleh t.a.t.a — 16 Jun 2008 #
ya, bicara empat mata lebih bermakna yang kini telah diganti dengan bicara dua mata kita dengan mesin.
Saya sangat benci sistem yang digunapakai oleh McDonald masa ini. 3 sistem yang tidak praktikal untuk drive thru. Benci.
Mula-mula buat order dengan mesin yang hanya kuar suara dan apa yang kita order akan dipaparkan melalui skrin.Kemudian buat pembayaran di kaunter kedua. Kaunter ketiga pula untuk mengambil produk yang dipesan.
Sebelum ni hanya ada dua sistem. Pesan/bayar dan ambil barang. Tetapi masih wujud komunikasi semasa memesan dan membayar.
Kita dapat lihat air muka staf McDonald yang selalunya tak ikhlas bekerja di kaunter drive thru.
Komen oleh Bayan — 16 Jun 2008 #
t.a.t.a —> kadang2 je saya guna online, selalunya saya suka bayar kat kaunter, ada komunikasi & pertemuan 4 mata gitu..saya ada mention kat atas.
Bayan —> Cik Bayan sependapat dengan saya, lagi puas hati berurusan 4 mata, tapi akan datang semua urusan guna mesin, walaupun canggih dan mudah, tentu tak best kan.
Komen oleh JuliaNa — 18 Jun 2008 #
owh…sama je macam kes saya…
saya ni kan comot…. kalo g kedai, nak beli brg… org selalu igt saya takde duit..
huhuhu…sedih…
Komen oleh نورنانا — 9 Julai 2008 #