Senjata Psikologi
28 Mei 2008 at 1:18 pm | In Yang Pelik Yang Jelik, ~ S.A.Y.A ~ | 8 CommentsPernah tak kawan-kawan melihat orang berniaga dalam masjid? Berniaga di luar perkarangan masjid bukan perkara asing, tetapi terserempak dengan orang yang berniaga di dalam masjid macam pelik pulak buat saya. Mungkin kerana, ini pertama kali saya jumpa.
Mulanya bila saya masuk, saya terperasan seorang kakak bersama beg plastik yang besar berisi kerepek. Sangkaan saya mungkin kakak tu cuma berhenti untuk solat macam orang lain. Namun, selesai je saya solat, tiba-tiba kakak tu memanggil saya, kebetulan pula waktu tu memang takde orang lain kecuali dia dan saya.
Kakak Kerepek : Dik, belilah kerepek akak ni, sedap dik, dah sehari suntuk akak berniaga ni, belilah dik, kerepek ubi pedas ada, kerepek pisang ada.
Rayu akak tu bila saya sampai. Rupanya nak jual kerepek akak ni, bisik hati saya. Memandangkan mengejar masa, saya cuma memandang sepintas lalu dan terus terang padanya yang saya tak berminat walaupun yang sebenarnya saya penggemar kerepek.
Saya : Maaf kak, saya nak cepat la, kawan saya dah tunggu kat bawah, terima kasih ye kak, saya pergi dulu.
Anak kecil : Mak, laparnya, bila kita boleh makan, lapar la mak.
Tetiba seorang anak perempuan kecil datang, dengan wajah yang sayu, merayu minta makan dengan maknye. Rupanya ada anak akak ni.
Kakak Kerepek : Kejap ye nak, kerepek mak banyak lagi ni, lepas ni kita makan ye. Sabar ye nak.
Alamak…sedih la pulak saya rasa waktu tu, lagi-lagi bila memandang wajah si anak kecil itu.
Anak kecil : Kak, belilah kerepek mak saya ni, kalau tak lambat saya makan kak, saya lapar ni, tolonglah beli kak, rayu si anak kecil tu pada saya.
Bagaikan terpukau saya terus setuju beli, siap 3 bungkus lagi, kuat betul penangan anak kecil tu. Inilah kuasa kanak-kanak, cepat membuat kita tersentuh.
Kawan : Eh ,mana ko beli kerepek ni? patutlah lambat.
Saya pun menceritakan dari awal hingga akhir pada kawan saya.
Kawan : Tu la ko ni, cepat sangat percaya..ntah..ntah akak tu ketua sindiket yang guna kanak-kanak ke? Ataupun dia guna anak dia sebagai senjata psikologi ke? Mana la tau…kalau lapar sangat, bagi je la budak tu makan kerepeknye.
Saya : ishhh ko ni, kesian budak tu, kan ke masjid ni, lagipun aku cuma beli kerepek je la!
Tapi, lepas tu berfikir juga saya, tak dinafikan memang ada golongan yang tak bertanggungjawab menggunakan kanak-kanak untuk mengaut keuntungan sendiri. Apalah nasib kanak-kanak yang sepatutnya menghabiskan masa di sekolah menuntut ilmu dan di rumah bersama keluarga menjadi mangsa golongan yang tak bertanggungjawab ini. Yang peliknya, ada juga kanak-kanak tu, bila ditanya, mengaku suka pulak buat macam tu tanpa paksaan sesiapa.
8 komen »
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback
Tinggalkan komen
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.

rjin gile ah menulis.
bagus2
Komen oleh kem kecik — 28 Mei 2008 #
ya, ramai yang menggunakan kanak-kanak sebagai pengemis. Antara rela dengan tidak, itu saya tak pasti.
Paling pasti, pengemis di Malaysia banyak gunakan kanak-kanak untuk meraih simpati orang. Saya cukup benci keadaan begini. Cukup benci. Memusnahkan masa hadapan si kecil demi kelangsungan hidup orang dewasa.
Komen oleh Bayan — 28 Mei 2008 #
itu kalau sendiket…yg paling tak leh balah kawan sendirik main letak kupon derma atas meja…pastu pegi jerit kuat2 satu opis..”dia mesti bagi punyer..dia permurah!!!”…
ini dipanggil iklas dgn paksaan….
wakakakakakaka…..
Komen oleh lydiarayyan — 28 Mei 2008 #
kem kecik ~~~ saje je mengaktifkan neurotransmitter ku..ahaks..;)
Bayan ~~~ kita cepat sensitif dengan kanak-kanak, apapun , sama-sama lindungi anak-anak dan keluarga kita.
Lydiarayyan ~~~ ahhhaaaa..ko mesti selalu kene erk!!!..:D
Komen oleh JuliaNa — 29 Mei 2008 #
salam alaikum..
betul2…selalu kanak2 menyebabkan hati jadi simpati ya amat..kat sini pun ada gak camtu..tapi tak tahu la sindiket ke idak..
tapi selalu kesian bila tengok budak2 kecik mengemis musim2 sejuk..huih..tarik2 baju, “brat ,pamagi mniye” -”abang, tolong saya” sambil hulurkan tangan..luluh hati dengar..
Komen oleh umaralfateh — 2 Jun 2008 #
~~ em…complicated kisah nie…kalo terjadi kat diri aku xtau la..kalo betolla ni sendiket..pndai betol kanak2 ni berlakon..director yg bagus…hehehe…
Komen oleh zen — 3 Jun 2008 #
umaralfateh : Alahai, kesiannye budak2 tu…musim sejuk pulak tu.
zen : kdg2 konfius gak zen, setahu aku budak2 ni jujur..tersangat2 la jujur & berterus terang.
Komen oleh JuliaNa — 5 Jun 2008 #
aku benci tol kalo jumpe ngan pengemis budak2 yang ade orang antar untuk minta sedekah..
Komen oleh lin — 16 Jun 2008 #