Kemalangan…apa nak buat ni?
12 Januari 2009 at 12:56 am | In ~ S.A.Y.A ~ | 21 Comments
Sekian lamanya saya menyepi dari blog ni. Masa yang ada lebih banyak difokuskan untuk menulis tesis sehinggakan ‘terlupa’ untuk mengupdate blog. Eh, sebenarnya tak pernah terlupa pun! Cuma saya rasa tak best jika saya mengupdate blog ni tanpa melawat blog orang lain :)
Apa khabar kawan-kawan? Semoga tahun baru ni membawa lebih banyak kejayaan dan kegembiraan. Bagi saya, sangat lega rasanya dapat juga menamatkan kerja di makmal pada penghujung tahun lepas. Jadi, tahun ni tak perlu terkurung di makmal lagi dan tumpuan kini hanya pada tesis dan menulis paper untuk journal. Tiba-tiba rasa tak sabar nak menamatkan status pelajar sepenuh masa ni.
Sebenarnya, saya baru alami kemalangan jalan raya. Ada beberapa perkara yang dapat saya belajar melaluinya. Mungkin ianya biasa dan ramai yang dah pun tahu. Namun, ianya adalah perkara yang baru buat saya.
Situasi 1:
Kemalangan di lampu isyarat, kereta bertembung dengan kenderaan dari arah lain selepas lampu isyarat dari arah sendiri bertukar hijau.
- Selepas kemalangan, berhentikan kereta di tepi jalan dan pasang signal kecemasan.
- Catatkan no kereta dan jenis kereta yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
- Lebih baik dapatkan sekali no telefon orang yang terlibat tu.
- Jika memandu sendirian, dapatkan sekurang-kurangnya seorang saksi bebas untuk membuktikan lampu isyarat dari arah sendiri memang dah hijau sewaktu kejadian. SAKSI sangat-sangat penting ketika membuat repot polis.
- Periksa keadaan kereta. Jangan memandu kereta yang baru kemalangan kecuali memang dah yakin kereta tu masih OK. Jika tidak, akan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk kepada kereta. Lebih malang lagi, pihak insuran mungkin tidak akan membayar tuntutan ganti rugi jika didapati kereta rosak teruk kerana dipandu selepas kemalangan dan bukan sewaktu kemalangan.
- Sebaiknya, hubungi keluarga atau kawan yang berdekatan dengan tempat kejadian untuk membantu. Selain itu, boleh juga hubungi polis ataupun pihak insuran yang menawarkan ‘Perkhidmatan Bantuan Segera Penyelarasan Kerosakan di Tempat Kemalangan’ contohnya Kurnia Auto Assist (KAA).
Situasi 2:
Jika memandu sendirian, tiba-tiba kereta rosak di lampu isyarat yang sangat sesak. Enjin kereta tak dapat dihidupkan dan signal kecemasan tak dapat berfungsi. Kebetulannya, kedudukan kereta di line tengah antara 3 line dan berada paling hadapan sekali.
- Bertenang. Hubungi keluarga atau kawan-kawan yang berhampiran dengan tempat kejadian supaya datang segera. Kalau lelaki lagi elok (tak dinafikan dalam situasi ini bantuan lelaki sangat-sangat diperlukan)
- Kawal emosi dan jangan stress. Dalam kejadian seumpama ini, kebarangkalian untuk dibantu adalah tipis berbanding dimarah, dihon dengan kuat dan diherdik dengan kata-kata kesat oleh pemandu lain. Ini kerana mereka belum faham situasi sebenar yang berlaku. Selain itu, memang sikap pemandu Malaysia kot yang begitu…uhuu…
- Bila keadaan sesuai, letakkan plat segitiga kecemasan warna merah tu beberapa meter dari arah kereta untuk bagitau yang kereta rosak.
- Akhir sekali, dapatkan bantuan untuk menolak kereta ke tepi jalan. Pastu boleh la hubungi mekanik ataupun perkhidmatan tunda kenderaan.
Kawan-kawan juga ada tips yang berguna? Silalah kongsikan sama-sama dengan saya!!
Note: Beberapa minggu ni, terpaksalah saya ‘berkabung’ di rumah sahaja. Bagi saya yang tak boleh duduk diam ni, situasi ini sangatlah membosankan. Apapun, saya akan penuhi masa ‘kene berkabung’ ini secukupnya untuk melawat blog kawan-kawan nanti…see ya!!!
Kritikan atau Kutukan?
28 November 2008 at 12:53 pm | In Motivasi, ~ S.A.Y.A ~ | 25 CommentsSebenarnya dua-dua pun sama kan? Bagi saya, istilah ‘kritikan’ agak lebih selesa didengar berbanding ‘kutukan’. Selalu juga saya terkeliru dengan dua istilah ini.
Kritikan saya anggap sebagai suatu yang positif. Saya sentiasa perlukan kritikan. Kritikan akan memastikan saya berada dilandasan yang betul dan bukan syok sendiri dalam membuat sesuatu. Secara peribadinya, saya tak mampu pun mempamerkan wajah gembira walaupun sekadar senyuman apabila dikritik di khalayak ramai. Ini kerana, ekspresi wajah saya yang semulajadinya agak mudah berubah dan sukar berpura-pura. Kelemahan yang sukar diatasi. Namun, jauh di sudut hati saya, saya sangat bersyukur kerana adanya kritikan tersebut. Kritikan saya akan ambil dan cuba perbaiki mana-mana yang patut. Sama juga dalam dunia blog ni, kalau tiada komen dari kawan-kawan, mesti tak best kan, betul tak?
Namun, ada sesetengah perkara saya mengkelaskan sebagai kutukan. Kutukan pula bagaikan virus negatif yang boleh melemahkan diri saya. Kutukan membuatkan saya hilang keyakinan, sakit hati dan sedih. Bagaimana agaknya saya mengkelaskan dua istilah ini? Mungkin penggunaan bahasa agaknya. Kadang-kadang ada kutukan yang terlalu menyentuh emosi sampai merendahkan harga diri. Apabila dari awal saya dah anggap ianya negatif, sudah tentu kesannya negatif jugak kan?
Apa yang saya patut buat?
- Anggap kutukan adalah sama dengan kritikan. Kutukan juga positif. Mana yang baik, ambil dan perbaiki. Mana yang buruk abaikan.
- Apabila rasa terlalu sedih kerana kutukan tersebut, cari seseorang yang benar-benar dipercayai untuk berkongsi perasaan. Perempuan memang camtu kan? Pada saya, mak adalah pilihan yang terbaik.
- Belajar lebih bertenang dan berfikiran terbuka menerima kutukan.
Kawan-kawan ada cerita pasal kutukan ni, sudikanlah berkongsi dengan saya.
Note: Lama saya tidak mengupdate blog ni, ada berita sangat gembira dan berita sedih campur gembira yang saya baru tahu.
Berita sangat gembira : Saya terpilih sebagai penerima keychain dari blog Adlankhalidi.com, Wahhh..sangat terharu!!!Terima kasih Encik Adlan atas penghargaan itu.
Berita sedih campur gembira : Syam dari blog Aeropama Dot Com mengumumkan mahu berhenti menulis blognya, sesuatu yang sangat memeranjatkan kerana beliau seorang penulis yang berbakat dengan perkongsian yang terlalu berharga. Namun, kunjungan saya tadi menunjukkan blog tersebut sudah pun mempunyai penulis baru.
~ Bersabarlah Sayang ~
13 November 2008 at 8:51 am | In Yang Pelik Yang Jelik | 22 Comments
Memang perkara biasa simpang di taman rumah saya akan sesak di awal pagi. Ini kerana tiadanya lampu isyarat dan juga semak-samun yang semakin hari semakin menyemak tanpa kawalan.
Pagi tadi, saya asyik dihon oleh sebuah kereta Viva milik seorang lelaki kerana lambat melintas ke kanan dari simpang tu. Saya rasa mungkin dia tak biasa dengan simpang tu. Lagipun hanya kereta yang paling hadapan sahaja akan nampak kenderaan yang datang dari sebelah kiri kerana semak yang menyukarkan pandangan. Dan mungkin juga saya yang sangat lembap masa tu.
Apapun, saya taklah ambil kisah dengan hon yang dilemparkan kerana pada saya keselamatan adalah lebih utama. Lagipun waktu tu baru jam baru 7.15 pagi, masih awal kan?
Apabila saya melintas je, tiba-tiba, Dummmm!!!!saya terdengar satu dentuman yang kuat. Bila saya melihat cermin pandang belakang, saya nampak kereta Viva yang asyik menghon saya tadi telah berlanggar dengan sebuah motosikal yang datang dari sebelah kiri simpang tu. Sungguh tak sangka. Namun, saya hanya meneruskan perjalanan kerana sudah tentu simpang tu akan bertambah sesak jika saya berhenti juga.
Mungkin kalau lelaki itu bersabar sedikit, kemalangan itu dapat dielakkan. Tak salah kan kalau kita lambat sikit untuk lebih berhati-hati?
Sekadar Selingan:
~ Kalau Rasaku ini Rasamu ~
8 November 2008 at 10:37 am | In Mengarut | 24 CommentsDemi Q, entri ini telah diupdate.
Kosong 1
Tiba-tiba rasa nak jadi macam Raja Farah dalam cerita ‘Apa Kata Hati’. Tapi saya nak ada suis yang saya boleh kawal. Jadi, saya hanya boleh dengar apa kata hati dia orang yang saya nak dengar sahaja.
Kosong 2
Mengalah bukan bermaksud kalah,
Berdiam diri juga bukan kerana membenci.
Kosong 3
Macam betul kan kata-kata dia?
Ok..entri yang ‘emo’ dan lemau je bunyinye.
. Sila jangan layan.
Nota : Saya perlukan sesuatu yang boleh merangupkan balik hari saya. Saya terbayangkan Mcflurry Oreo McD la. Ada sesape nak temankan saya??Jom!!Saya belanja!!
Nota lagi : Terima kasih buat Puan Ain dan En Najib yang sudi mengajak saya bersiar-siar ke Pahang esok…yeah!!! Harap-harap boleh mengubat perasaan saya yang tengah lemau ni.
Kesimpulannya : Don’t let the pain of one season, destroy the joy of all the rest!!
~ Virus SIBUK menyerang~
26 Oktober 2008 at 3:51 am | In ~ S.A.Y.A ~ | 28 CommentsSaat saya menulis entri ni, hanya tinggal hanya 66 hari lagi untuk melengkapkan kitaran 2008. Owhh..cukupkah waktu untuk mencapai segala yang dirancang tahun ni? Soalan inilah yang asyik menghantui fikiran saya kebelakangan ini. Kawan-kawan pula bagaimana? Semua azam tahun ni sudah terlaksana?
Bulan ni juga menjadikan virus sibuk terus menerus menyerang diri saya:
- Terkurung di makmal sebagai seorang saintis selama 15 jam sehari selama seminggu.
- Terpaksa menghadap komputer 15 jam sehari selama seminggu namun tanpa talian internet dan sungguh membosankan, hanya untuk kerja-kerja menganalisis sahaja.
- Masa makan yang menjadi tidak menentu, makan hanya bila rasa sangat-sangat lapar sahaja.
Kesan-kesannya:
- Terpaksa menolak beberapa undangan Rumah Terbuka Sempena Hari Raya.
- Tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan kawan sekampung, Abdul Aziz. Buat Ajis, Selamat Pengantin Baru ya!!
- Tidak dapat hadir ke majlis pertunangan kawan sekampung juga. Buat Erwana dan Herman (jika kalian membaca blog ini)..Selamat Bertunang!!. Semoga majlis perkahwinan kalian nanti aku dapat hadir.
- Tidak dapat mengupdate blog, merayau-rayau dan meninggalkan contengan di blog kawan-kawan.
- Mungkinkah berat badan saya menurun lagi?
Note : Terima kasih buat kawan-kawan yang memberi komen di entri “Hadiah kecil yang besar maknanya”. Saya akan balas komen kawan-kawan tu nanti.
Note lagi : Buat kawan-kawan yang sudi singgah kat blog ni dan telah meninggalkan jejak, saya akan jejak balik blog istimewa kawan-kawan tu nanti.
Note lagi dan lagi : Dalam minggu ni, ramai sangat orang kat makmal menegur yang saya nampak semakin kurus. Sebenarnya saya tak la kisah sangat, tapi mungkin saya tidak patut abaikan masa makan saya lagi.
Note Istimewa : Buat kawan-kawan yang belajar, SEMOGA BERJAYA dalam PEPERIKSAAN tak lama lagi. Saya pun pelajar juga, tapi saya tak perlu menghadiri peperiksaan
Buat kawan-kawan yang bekerja juga, semoga sentiasa sukses dalam tugasan masing-masing ya, yang mana sebenarnya kalianlah yang lebih sibuk kalau nak dibandingkan dengan pelajar macam saya.
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.


